PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebut sahaja tembok besar China, minda kita secara automatik akan ingat monumen kemegahan tinggalan sejarah yang terletak di negara China.

Tapi ramai tak antara kita yang tahu akan di sebalik terbinanya Tembok Besar China ni? Nak tahu serba sikit cerita dan mitos yang misteri pasal ‘tembok’ ni? Meh sini..

Fakta Misteri Tentang Tembok Besar China Didedahkan

1. Kenapa tembok perlu dibina?

6 Fakta Misteri Mengenai Tembok Besar China
(Grafik pembinaan Tembok Besar China – sumber History Channel)

Menurut kajian sejarahwan dunia, tembok ini dibina semasa zaman pemerintahan Qin Shi Huang (Shi Huang Ti) bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km.

Rancangan tembok ini disempurnakan pada zaman Dinasti Ming dan terjadilah tembok seperti yang korang nampak hari ni.

2. Panjang-Lama-Unik?

6 Fakta Misteri Mengenai Tembok Besar China
(Info grafik perincian bangunan pemerhati- sumber History Channel)

Ramai antara kita yang kurang peka dengan panjang sebenar Tembok besar China ni adalah 5500 Miles (8851.392 km) bukan 3900 Miles (6276.442 km).

Tembok yang hebat ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina dengan menggunakan banyak tenaga kerja. Wah! satu masa yang lama tu.

3. Bahan binaan bercampur rangka manusia?

6 Fakta Misteri Mengenai Tembok Besar China
(Grafik mayat yang ditanam sebalik tembok- sumber History Channel)

Mengikut cerita mitos yang kita selalu dengar, bahan yang digunakan untuk membina tembok besar ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia, dan ada juga yang percaya masyarakat pada waktu itu menggunakan beras pulut dan putih telur sebagai ejen pelekat (simen) antara bongkah batu.

Sebenarnya semua andaian tersebut tidak boleh disangkal kerana sejarahwan bersetuju, masyarakat pada waktu itu hanya  menggunakan bahan ada pada waktu itu.

4. Tembok boleh dilihat dari bulan?

6 Fakta Misteri Mengenai Tembok Besar China
(Foto The Great Wall daripada satelit – sumber History Channel)

Ha! ada juga yang berpendapat, Tembok Besar China ni boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya, mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok ini pernah dirakam menerusi setelit.

Kalau dilihat dengan mata kasar, tembok besar ini nampak seperti sehelai rambut yang halus je.

5. Mitos misteri Taotie.

6 Fakta Misteri Mengenai Tembok Besar China
(Ukiran wajah Taotie yang mengerikan)

Setiap masyarakat mempunyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri. Bagi masyarakat pada waktu itu, mereka percaya merupakan Taotei merupakan satu semangat yang melambangkan ketakutan dan sangat berkuasa.

Memiliki wajah yang menakutkan, Taotie dianggap sangat kejam dan ganas oleh masyarakat pada ketika itu. Namun ada yang beranggapan, Taotie ni sebagai satu simbol yang melindungi mereka daripada semangat jahat.

Jadi, jika diamati dan diteliti, sebenarnya kewujudan Taotie masih lagi menjadi satu misteri sehingga ke hari ini.

6. The Great Wall adaptasi cerita sebenar?


Bukan mudah sebenarnya nak buat movie yang berkisarkan sejarah yang unggul tau. Menerusi filem The Great Wall  ni, korang boleh saksikan keindahan budaya dan misteri pembinaan Tembok Besar China ni.

Nak tahu bagaimana kesatuan pada ketika itu melindungi tanah jajahan mereka daripada serangan musuh (Taotie), saksikan The Great Wall yang bakal ditayangkan pada 29 Disember 2016 nanti di pawagam berhampiran korang. - OhBulan

Dengan keberaniannya bersuara lantang selain lagu-lagunya yang meninggalkan kesan, itulah Fynn Jamal yang dikenali umum. Siapa yang mengikuti perkembangan Fynn sejak zaman awal kemunculannya pasti tahu turun naik perjalanan hidup wanita ini, kerana Fynn sering bercerita mengenai kisah hidupnya menerusi blog, puisi, lagu-lagu, serta status di akaun media sosialnya.

Dikecam Haram Menyanyi, Fynn Jamal Dedah 'Rahsia' Disebalik Lagunya

Walaupun Fynn menganggap perkongsian tersebut sebagai muhasabah diri dan pengajaran untuk orang lain, ramai yang mengecamnya dalam diam mahupun secara terbuka. Baru-baru ini Fynn ditebak dengan komen yang mempersoalkan hukum dia menyanyi menggunakan suaranya yang haram. Bagaimana Fynn menangani public shaming sebegitu dan apakah hikmah disebalik situasi tersebut?

“Dia Rasa Bangga Cakap Terbuka Tentang Dosa Aku”

Penganut Atheist Masuk Islam Selepas Mendengar Lagu Fynn Jamal

Salah Diri Sendiri Sebab Buka ‘Pekung’?

Penganut Atheist Masuk Islam Selepas Mendengar Lagu Fynn Jamal

Penganut Atheist Masuk Islam Selepas Mendengar Lagu Fynn Jamal

Kembali Kepada Allah Kerana Lagu Fynn Jamal!

Penganut Atheist Masuk Islam Selepas Mendengar Lagu Fynn Jamal

Beberapa jam lepas bencana dahsyat berlaku di Aceh, dunia dikejutkan lagi dengan berita nahas kapal terbang Pakistan International Airlines terhempas ketika dalam perjalan ke Islamabad. Baru hari tu kapal terbang yang bawa pasukan kelab Brazil terhempas, semalam jadi lagi.. Haihh takutnya.

Kemalangan tu telah meragut sebanyak 48 nyawa termasuklah bekas penyanyi terkenal Pakistan, Junaid Jamshed. Junaid Jamshed terkorban bersama ahli keluarganya. Nama Junaid Jamshed telah jadi trending di Twitter semalam selepas berita sedih tu dilaporkan. Tapi siapakah sebenarnya Junaid Jamshed ni?

Pernah jadi fenomena waktu dulu


Junaid Jamshed berumur 52 tahun. Dia dahulunya (1978) seorang penyanyi/vokalis pop terkenal di Pakistan dan mempunyai sebuah band bernama Vital Signs. Band ni kiranya dulu pernah jadi fenomena di sana. Walaupun selepas itu Jamshed bergerak solo, popularitinya semakin naik.


Pada 2004, Jamshed ambil keputusan untuk bersara dari bidang nyanyian dan fokus untuk belajar agama Islam dengan lebih mendalam. Jamshed juga pernah dianugerahkan Medal of Excellence dari Presiden Pakistan.

Seorang yang berbakat


Selain daripada menyanyi, Jamshed juga merupakan seorang TV personaliti, fashion designer, pelakon dan juga penulis lirik lagu. Junaid mempunyai kelulusan degree dalam bidang kejuruteraan dari University of Engineering and Technology (Lahore). Sebelum menceburi bidang nyanyian, Jamshed pernah bekerja sebagai kontraktor dan jurutera untuk Pakistan Air Force.

Jamshed mempamerkan kehebatan suaranya di beberapa kampus sehingga lah dia ditemui oleh penyanyi pop Rohail Hyatt pada 1983.

Seorang yang berpengaruh


Jamshed telah tersenarai salah seorang daripada 500 ‘Orang Muslim Paling Berpengaruh Dalam Dunia’, ini kerana Jamshed sangat aktif dalam kerja amal, terutamanya dengan NGO Muslim Charity sejak tahun 2003.

Pernah timbukan kontroversi


Pada 2014, pengacara TV Aamir Liaquat mendakwa ketika rancangan bual bicara, Jamshed telah melakukan sesuatu yang kufur.

Menurut laporan The Economist pula, Jamshed pernah “tidak dibenarkan kembali ke Pakistan selepas selepas dituduh mengejek salah seorang isteri Nabi di kenyataan lembaran iklan mengenai kelemahan wanita.”


Selepas beberapa siri kontroversi, Jamshed telah membuat kenyataan di laman rasmi Facebook dan meminta maaf atas segala kesilapan sehingga menyebabkan orang ramai terasa. - Birmingham Mail/OhBulan

Tahu tak mesin basuh juga perlu dibasuh bagi menjamin keberkesanannya mencuci pakaian anda? Kalau tak cuci, ia akan menyebabkan kerosakan, sekali gus baju anda akan berbau ‘kepam’ selepas dibasuh dan ditinggalkan semalaman atau terdapat benda seperti kertas atau tisu yang dicarik-carik melekat pada baju selepas dibasuh.

Kami nak share tips ni dengan anda semua. Cubalah.

1. Cabut penapis di dalam tangki dan cuci sebersih mungkin, kemudian pasang semula.

2. Paras air anda hendaklah pada tahap maksima dan pilih mod ‘TUB CLEANING’. Jika tiada mod ini, anda boleh pilih mod ‘SOAK’ atau yang penting, pastikan anda pilih cycle ‘WASH’ sahaja.

Cara Mudah Cuci Mesin Basuh

Jangan letak apa-apa pakaian di dalam mesin basuh semasa proses mencuci mesin dijalankan.

3. Masukkan bahan pencuci bersesuaian apabila paras air sudah 1/3 penuh. Pastikan bahan pencuci mengandungi:

4 Prosedur Mudah Cuci Mesin Basuh

i. 300 gm Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate atau;

ii. 300 gm Sodium Borate (Borax) atau;

iii. 300 gm Jenama Calgon, Cosway atau Oxy atau;

iv. 140 gm Soda dicampur dengan 750 ml cuka putih yang telah dicampur di dalam bekas lain terlebih dahulu atau;

v. Campurkan pencuci jenama Zip Active Formula dengan 300 gm Bicarbonate sebelum dimasukkan ke dalam mesin atau;

4. Jika malas atau ketiadaan bahan di atas, anda tidak perlu letak apa-apa bahan. Cumanya, kurang berkesan lah.

4. Jika anda memilih mod TUB CLEANING atau SOAK, proses mencuci mesin selesai selepas program cucian telah siap. Manakala, jika anda hanya memilih WASH sahaja selama 3 minit, anda perlu biarkan mesin terendam selama sejam.

Selepas sejam, pilih mod

1. WASH 8 minit

2. RINSE 2 kali

3. Spin 1 minit

4 Prosedur Mudah Cuci Mesin Basuh

Pastikan tiada keladak yang tinggal di dasar tangki. Jika masih ada, cuci penapis dan ulang semula langkah membasuh, bilas dan keringkan sehingga tiada kesan keladak yang tertinggal. SIAP!

Jika anda tidak yakin dengan bahan cucian, carilah bahan khas untuk mencuci mesin basuh di pasaraya terdekat.

4 Prosedur Mudah Cuci Mesin Basuh

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Memang cepat sangat masa berlalu.

Tahun demi tahun makin ramai selebriti wanita yang mula berhijab. Yang tak bestnya bila ada juga yang membuka tudung semula.

Jadi, kali ini kami ingin kongsikan senarai selebriti wanita Malaysia yang mula berhijab tahun 2016. Tahniah kami ucapkan!

1. Erin Malek

10 Selebriti Wanita Tampil Berhijab Tahun 2016

Menurut Erin, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang muslimah dan akhirnya ia terlaksana pada bulan Januari lalu.

2. Mia Sara

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Baru berusia 11 tahun, Mia Sara meluahkan keinginan untuk berhijab sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu. Walaupun tawaran berlakon semakin kurang, namun perniagaan tudung jenamanya MS Couture mendapat sambutan yang agak baik.

3. Faye Kusairi

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Mula berhijab sejak Februari lalu, menurut Faye dia sudah menyimpan hajat untuk bertudung sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hajat kerana terikat dengan komitmen kerja.

4. Sherry Ibrahim

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Bersempena ulangtahun kelahiran Sherry Ibrahim yang ke 33 pada April lalu, pelakon Sherry Ibrahim membuat satu keputusan yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila dia ingin berhijab sepenuhnya.

5. Fathia Latiff

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Menurut Fathia, dia sangat bersyukur kerana diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.

6. Nadiya Nisaa

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Pelakon popular dan berbakat, Nadiya Nisaa mengakui dia mula berhijrah dan berhijab sepenuhnya sejak bulan Ramadhan lepas iaitu ketika beliau masih mengandungkan bayi keduanya. Namun, ujian berat menimpa dirinya pada 31 Julai lalu, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.

7. Azrinaz Mazhar

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Azrinaz mengesahkan beliau sudah berhijab sepenuhnya sejak 1 Muharram lepas. Lebih bermakna lagi, niat itu mula terlintas di fikirannya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 37 pada 23 September lalu.

8. Ella

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Ella mengesahkan dia sudah berhijab sepenuhnya sejak bulan Ramadhan lalu. Ella juga memberitahu dia akan cuba memperbaiki dirinya secara perlahan-lahan dalam menjadi seorang yang lebih baik.

9. Zarina Anjoulie

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Pelakon kontroversi ini sudah mula berhijab sejak Ramadhan lalu. Zarina dikatakan sudah nekad untuk berhijab sepenuhnya dan sedang menanti kelahiran anak pertamanya yang dilahirkan pada bulan Ogos lalu.

10. Zarina Zainuddin

10 Selebriti Wanita Mula Berhijab Tahun 2016

Pelakon ini kini sudah berhijrah ke arah lebih baik dan kembali berhijab sepenuhnya sejak 30 September lepas. Menurut Zarina, dia mendapat petunjuk ketika menunaikan solat Subuh dan kini cukup selesa dengan penghijrahannya. - Hanasuva

Angkasawan pertama China, Yang Liwei mendakwa pernah terdengar bunyi ketukan misteri semasa penerbangan pertama ke angkasa, namun tiada siapa yang mampu menjelaskan sebab terjadinya perkara itu lapor Sinar Harian.

Pendedahan Angkasawan China Terdengar Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas
Yang Liwei

Menurut Yang Liwei, bunyi pelik itu menyebabkan dia berasa sangat gementar dan melihat ke angkasa lepas namun tidak melihat apa-apa yang luar biasa.

Yang Liwei yang kini merupakan pegawai utama Tentera Udara China berkata, bunyi misteri di angkasa itu kedengaran seperti seseorang yang sedang mengetuk kapal angkasa dan menyamakan bunyi itu seperti hentakan tukul pada baldi besi.

Yang Liwei yang kini berusia 51 tahun berkata, pengalaman tersebut telah menimbulkan pelbagai teori termasuk makhluk asing.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah mendengar bunyi sedemikian ketika perjalanan pulang ke bumi.

Pada tahun 2003, Yang Liwei menjadi orang pertama yang dihantar ke angkasa lepas melalui program angkasa China, mengorbit bumi beberapa kali semasa penerbangan 21 jam.

Angkasawan itu menceritakan pengalaman dalam satu temu bual bersama media China, bunyi ketukan misteri berlaku tanpa sebab.

"Ia tidak datang dari luar mahupun dalam kapal angkasa, tetapi kedengaran seperti seseorang mengetuk badan kapal angkasa seperti mengetuk baldi besi dengan tukul kayu.

Yang Liwei mengakui dia sangat gementar apabila mendengar bunyi misteri tersebut dan cuba untuk menyiasat punca bunyi berkenaan, namun gagal untuk melihat apa-apa yang luar biasa.

Antara naskah tulisan tangan Melayu yang masih terpelihara pada hari ini ialah manuskrip Tok Pulai Chondong.

Siapa sangka naskah tulisan tangan Melayu lama ini menjadi rebutan orang ramai kerana isi kandungan di dalamnya yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan tidak ada di dalam mana-mana manuskrip lain di dunia.

Secara tidak langsung, ia menjadi artifak yang cukup berharga dalam misi membongkar misteri ketamadunan masyarakat Melayu terdahulu.

Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat

Difahamkan, manuskrip Melayu lama ini tersimpan rapi di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Soalnya, siapakah penulisnya dan dari manakah asal naskah tulisan tangan ini ditemui?

Apa yang menjadi tanda tanya lagi, kenapa isi kandungannya dianggap sangat istimewa?

Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latiff, sehingga hari ini masih tertanya-tanya, dimanakah penulis asl manuskrip ini boleh mendapat ilham untuk menghasilkan manuskrip yang hebat ini.

Beliau sendiri begitu kagum dengan perkataan-perkataan yang ditulis dalam bahasa Jawi yang cukup mendalam maksudnya.

Mula ditulis sekitar awal abad ke-19, manuskrip Melayu lama ini berasal dari negeri Kelantan.

Ia ditulis oleh Abdul Samad Faqih Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Tok Pulai Chondong yang juga merupakan seorang ulama terbilang negeri tersebut.

Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, manuskrip tersebut merupakan sebuah manual lengkap ilmu pertukangan keris.

Dan dipercayai, manuskrip ini merupakan satu-satunya naskah tulisan tangan terawal yang menjelaskan kepada kita bagaimana peralatan ini dibuat.

Keris Hang Tuah Dan Hang Jebat

Rahsia Keris Tuah Dan Jebat Dirungkai Manuskrip Tok Pulai Chondong

Selain tatacara membuat keris, naskah tulisan tangan ini turut menceritakan tentang kewujudan dua bilah keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka lama.

Ia tertera dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.

Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi;

'Keris Hang Tuah harga sebuah negeri, cerita Taming Sari. Keris Hang Jebat harganya sebelah negeri, cerita Pengkarang namanya.'

Manuskrip ini juga turut menerangkan jumlah besi yang digunakan untuk membuat dua bilah keris tersebut.

Bagi Keris Taming Sari, sebanyak 20 jenis besi digunakan yang terdiri daripada dua jenis besi utama iaitu campuran besi kursani dan tahi bintang.

Manakala bagi Keris Pengkarang, ia dibuat dengan campuran 10 jenis besi dan antara besi yang digunakan ialah tahi bintang.

Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya, dari manakah Tok Pulai Chondong mendapat maklumat tentang dua bilah keris ini?

Jika diteliti tarikh asal manuskrip ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman kerajaan Melaka.

Rahsia Keris Tuah Dan Jebat Dirungkai Manuskrip Tok Pulai Chondong

Dan setakat hari ini, tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawab persoalan ini.

Menurut Dr. Pauzi, terdapat beberapa cerita lisan pernah menyentuh perkara ini namun terpaksa dirahsiakan bagi menjaga nilai sensitiviti sesetengah pihak, maklumat lisan ini terpaksa dirahsiakan.

Manuskrip ini mempunyai 38 muka surat dan selain ilmu pertukangan keris, ia turut menceritakan tentang zikir yang diberi nama Hizb al-Bahr.

Zikir ini menjadi amalan bagi Tok Pulai Chondong dan sering dibaca oleh golongan pendekar sebelum ke medan tempur.

Sejarah Empayar Melaka ini banyak yang hilang, teks-teks mengenainya seperti yang ditulis oleh Tun Seri Lanang atau Munsyi Abdullah juga hanya dikumpul dan disalin semula selepas lebih kurang 200 tahun.

Kisah Sebenar Disebalik Pertikaman Hang Jebat, Hang Tuah Dan Sultan

1. 200 tahun sejarah sudah banyak berubah, ditokok tambah atau ia masih fakta yang betul cuma orang tidak tahu kisah sebenar.

2. Akhirnya selepas lebih kurang 600 tahun, fail sulit yang membabitkan konspirasi peringkat tertinggi di antara Hang Jebat, Hang Tuah dan pemerintah Melaka, Sultan Mahmud Syah dibuka oleh Gang Shahpaskal untuk tatapan umum.

Ia merupakan konspirasi yang terhebat belum pernah dicatatkan sejarah dan hanya dibuka oleh mereka yang terlibat melalui usaha Tawasul.

3. Artikel ini ditulis selepas kami menemuramah watak-watak yang terlibat khususnya kedua-dua pahlawan di atas, dan kemudian membuat pemeriksaan silang (cross check) dengan tiga saudara mereka yang lain iaitu Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Jarak hubungan dan temuramah yang dibuat ke atas watak-watak ini adalah dalam tempoh lebih kurang sebulan, sebagai penulis, saya perlu memahami sedikit sebanyak psikologi watak terkait, elemen penyiasatan dan objektif serta matlamat kepada sesuatu konspirasi.

4. Pendek kata, otak penulis yang digarap dengan ilmu akal, kena “sharp” dan memori kena sentiasa dikemaskini.

Mengapa saya kata demikian? Kerana dari dulu saya memang berfikiran, agak mustahil, Hang Tuah akan membunuh sahabat baiknya, sedangkan beliau merupakan panglima perang yang terkenal dengan kelicikan akal.

Sudah pasti beliau mampu berkonspirasi dengan Hang Jebat bagi mencari jalan lari yang terbaik.

5. Hang Jebat lahir di Kampung Duyung, berkahwin dengan orang Melaka dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi bukanlah, namanya Hang Nadim. Bab anak ni, Hang Jebat tidak mahu menghuraikan lebih lanjut, wajahnya kesedihan.

Bagi saya, Hang Jebat merupakan seorang patriotik. Sifatnya ibarat “jenis main langgar, walaupun di depan itu, gunung”. Jiwa “Rebel”.

6. Tawasulan ini dibuat oleh Sahabat Shahpaskal, saya cuma jadi detektif. Kami kemudian menghantar Kerol Jumper untuk melihat memori alam.

Terbukti, Hang Jebat merupakan seorang lelaki Melayu yang setia, amat merendah diri (pakaiannya biasa-biasa sahaja macam orang kampung), amat tangkas bermain silat dan senjata, bezanya, Hang Tuah agak taktikal dan berfikiran panjang.

7. Pertempuran Hang Jebat dan Hang Tuah sebenarnya merupakan pakatan antara kedua-dua sahabat itu dengan guru serta pemerintah mereka iaitu Sultan Mahmud Syah.

Konspirasi ini terjadi disebabkan, sudah timbul FITNAH bahawa Sultan Mahmud banyak dipengaruhi serta lebih mendengar kata kelima-lima sahabat tersebut sehingga mengenepikan peranan menteri atau pegawai negeri lain.

Ini menimbulkan hasad dengki dan perpecahan.

8. Sultan Mahmud harus berbuat sesuatu memandangkan beliau sudah mendapat “ilham” dari Allah bahawa negerinya akan diancam perang, kesetiaan dan perpaduan di kalangan rakyat Melaka harus diselamatkan.

9. Maka, pada saat tiba, Hang Jebat mula berlakon “amukan” di dalam istana Melaka, habis semua menteri bertempiaran lari. Lakonan ini tidaklah sampai mengorbankan nyawa.

Orang Melayu dahulu dididik dengan iman yang tinggi, bukan sesuka hati mahu mengorbankan nyawa orang. Hal ini kemudian disampaikan kepada Sultan, baginda menitahkan Hang Tuah mengadap Jebat. Seperti mengikut skrip yang sudah dikarang, Hang Tuah bergegas ke istana.

10. “Pertempuran” tersebut dijadualkan berlaku selepas solat Dhuha.

Para pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka menunggu di luar istana, pahlawan tidak terbilang itu kemudiannya, memasuki ruang istana.

Seperti yang sudah dirancang, kedua-dua sahabat itu bersilat, suara jeritan ditinggikan. Pada hal, mereka berlakon.

11. Langsir tingkap istana diruntuhkan, supaya penduduk Melaka dapat menyaksikan pertempuran. Orang ramai yang berkumpul, bertambah.

Sebaliknya, di dalam istana, jika ada masa, kedua-dua sahabat ini berbual kosong, masing-masing menangisi nasib yang bakal mereka hadapi selepas ini?

Adakah mereka akan berjumpa, bertanya khabar, berpencak silat? Selepas lakonan ini tamat.

12. Hang Jebat memberitahu saya, mereka berlakon selama 2 malam, tiga hari.

Keadaan ini menjadi lama disebabkan Hang Tuah sedang mencari peluang bagi membolehkan Jebat melarikan diri, disebabkan terlalu ramai orang yang berkumpul di sekeliling istana bagi menyaksikan perhitungan tersebut.

13. Mereka cuma makan sisa makanan yang ada di dapur istana, ini ditampung dengan amalan zikir serta puasa.

Selepas memasuki hari ketiga, pengikut Hang Tuah yang setia menunggu sejak hari pertama sudah mula tinggal sedikit.

Peluang yang diintai untuk membolehkan Jebat melarikan diri tiba.

14. Dengan berbekalkan darah binatang yang diambil dari dapur istana. Hang Tuah keluar dengan membawa bantal panjang yang diselimuti dengan langsir istana. Darah binatang ditompokkan. Ia mendokong bantal tersebut seraya memangku jenazah sahabatnya.

15. Menjelang Maghrib, apabila petang beransur gelap. Hang Tuah membuka seluasnya pintu istana. Perabot dalam balai rong bersepah.

Pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka yang berada di sekeliling mula berlari dan berkumpul di hadapan istana. Peluang ini diambil oleh Jebat, sepantas kilat, Jebat melompat keluar dari tingkap belakang istana.

16. Berlinang air mata Jebat, bagai disayat pisau hati pahlawan tersebut, kecewa disebabkan FITNAH, dan kerana itu, demi cintakan tanah air, beliau korbankan kepentingan diri, berpisah dari guru (Sultan Mahmud Syah) dan sahabat baiknya, Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.

17. Tetapi Allah Maha Adil, orang yang teranianya tetap terbela. Nama Hang Jebat terus harum dan wangi dipelihara Tuhan Yang Maha Esa. Tidak menjadi bahan celaan.

18. Sepantas kilat beliau balik ke rumahnya, isteri dan anaknya sudah siap berkemas. Mereka sekeluarga lari membawa diri, menuju ke utara tetapi saya tidak pasti utara Melaka kah atau Perak.

19. Pada masa yang sama, Hang Tuah memberi amaran kepada penduduk Melaka dan orang-orangnya yang berkumpul bahawa dirinya sudah amat terluka disebabkan kehilangan sahabat baiknya.

Tidak ada seorang pun yang akan menguruskan jenazah Hang Jebat kecuali beliau sendiri. Maka, tidak ada sesiapa pun di kalangan orang bernyawa di situ yang berani mempersoalkan keputusan Hang Tuah.

20. Nah, 600 tahun kemudian. Hang Jebat berdiri di mata ghaib Sahabat Shahpaskal dan Kerol Jumper. Kisahnya akan ditulis semula oleh saya.

Selepas berpuluh tahun, selepas mendengar kisah ini, pandangan saya terhadap Sultan Mahmud Syah, Hang Jebat dan Hang Tuah, berubah. Inilah sejarah sebenar. Pengorbanan.

21. Makam Hang Jebat bukanlah di tempat sekarang. Selepas beberapa tahun, beliau kemudian kembali ke Melaka. Kuburnya terletak berhampiran jalan, saya fikir mungkin di Kesang, Melaka.

22. Saya menamatkan catatan saya dengan hadiah Al Fatihah kepada Sultan Mahmud Syah, Hang Tuah dan Hang Jebat. Artikel ini ditulis dengan jujur dan bersesuaian dengan amanah yang dipikul oleh saya.

Nota: Gang Shahpaskal dianggotai oleh Shahpaskal aka Isaac Imanan, Kerol Jumper dan Zarissa Zuha Zam. - Thevocket

(Baca: Rahsia Keris Tuah Dan Jebat Dirungkai Manuskrip Tok Pulai Chondong)

Saya pelik dengan sesetengah lelaki yang sanggup menduakan isteri untuk wanita lain. Adakah kamu lupa pengorbanan isteri kamu?

Ketika saya berkahwin, saya baru mula kerjaya saya sebagai seorang technician di ibu negara dengan gaji RM900 sebulan. Waktu itu saya hanya menyewa bilik, duduk serumah dengan satu keluarga yang lain dan kami hanya tidur beralaskan tikar dan beg sebagai bantal.

Saya hanya ada sebuah motosikal buruk Honda EX5. Kenderaan itulah yang saya guna untuk pergi ke mana-mana membawa anak dan isteri berjalan-jalan. Semasa isteri nak bersalin pun, saya
una motosikal yang sama bawa dia perig ke hospital.

Sebelum Curang, Tataplah Wajah Anak Dan Isteri

Untuk mengurangkan bebanan saya, isteri saya mengambil upah menjaga bayi dan adakalanya buat nasi lemak untuk dijual di tingkat bawah pangsapuri.

Setelah dua tahun bekerja sebagai technician, saya tekad untuk sambung belajar. Isteri saya beri sokongan 100% dan pada masa itu hanya isteri yang bekerja. Saya tumpukan pada pelajaran saya.

Saya masih ingat lagi, ketika study, isteri saya study bersama. Sampai pernah isteri saya tidur bawah meja study saya di perpustakaan.

Tahun 2002, saya memperoleh ijazah saya dan tidak lama selepas itu saya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat kontraktor. Masa itu pun, gaji taklah banyak mana tetapi saya sudah mampu memiliki kereta dan menyewa rumah sendiri. Isteri pun masih bekerja membantu saya.

Setiap susah payah saya, isteri memang selalu bersama saya. Dari mula sehinggalah kini.

Alhamdulillah, sekarang saya dah ada syarikat kejuruteraan saya sendiri. Saya mampu untuk membeli rumah yang selesa, kereta yang selesa untuk keluarga saya. Isteri saya pun sudah lama berhenti kerja. Saya pun kerja on off, kadang-kadang saja masuk ke pejabat. Banyak masa diluangkan bersama dengan keluarga.

Saya pernah diuji dengan perempuan ketika perniagaan saya tengah meningkat naik. Ramai yang mendekati saya. Tetapi saya selalu ingatkan diri tentang pengorbanan yang telah isteri lakukan untuk saya sehingga ke tahap saya pada hari ini. Mustahil untuk saya menduakan isteri saya atas segala pengorbanan yang dia lakukan untuk saya selama ini. Dari tidak mempunyai apa-apa sehingga mampu hidup senang sebegini.

Isteri saya, nyawa saya. Untuk lelaki bernama suami, ingatlah segala pengorbanan yang isteri anda lakukan untuk anda sebelum anda cuba untuk berlaku curang. Tatap wajah isteri anda, anak-anak anda. Ingat kembali waktu susah senang bersama mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.