PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Empat mayat murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi iaitu dua rangka dan dua mayat boleh dituntut keluarga masing-masing hari ini di bilik mayat Hospital Gua Musang (HGM).

Keluarga mangsa dijangka menuntut empat mayat berkenaan, Linda Rosli, 8; Haikal Yaakob, 8; Ika Ayel, 9, dan Juvina David, 7, kira-kira jam 8 pagi untuk dikebumikan dalam satu lubang di Kampung Penad, Pos Tohoi memetik Harian Metro.

Mayat budak orang asli SK Tohoi sudah boleh dituntut keluarga

Keluarga mangsa sudah berkumpul di pekarangan HGM sejak petang kelmarin untuk menuntut mayat anak masing-masing selepas dua identiti terakhir mayat diketahui dan diumumkan oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Bapa Juvina, David Kuasam, 32, berkata, dia bersama tiga ahli keluarga mangsa lain dimaklumkan bahawa empat mayat itu boleh dituntut hari ini, jam 8 pagi.

Katanya, ia berikutan HGM mahu membuat persiapan terlebih dulu termasuk meletakkan mayat dalam keranda sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

“Kita setuju berbuat demikian dan selepas menerimanya, kami akan kebumikan anak saya bersama tiga rakannya di Kampung Penad iaitu tempat kelahiran mereka,” katanya ketika ditemui di HGM, kelmarin.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.