PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Enam remaja lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak biadab apabila memecahkan 11 cermin kenderaan orang awam dengan batu dengan niat sengaja melakukan khianat di beberapa kawasan di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam hingga 6 pagi itu, semua suspek berusia 14 hingga 18 tahun bertindak demikian dengan mengutip ketulan batu di jalan raya sebelum melempar ke arah kenderaan berkenaan memetik Harian Metro.

Remaja mabuk pecah cermin 11 kereta di Kampung Melayu Sungai Lui

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian disedari seorang mangsa yang juga Ketua Kampung Melayu Sungai Lui berusia 55 tahun selepas melihat cermin belakang Proton Wira miliknya retak sebelum menemui seketul batu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya tidak mengesyaki sesiapa apabila mendakwa meninggalkan kenderaannya di garaj rumah dalam keadaan baik pada malam sebelum kejadian.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan awal mendapati kejadian itu berunsurkan khianat apabila 10 lagi mangsa tampil membuat aduan pada hari sama di Balai Polis Raub, kelmarin.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.