PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sekarang ni sosial media memang dah makin meluas, semua peringkat umur sekarang dah mula ada akaun sosial media tersebut. Tak kira yang muda mahupun yang tua, termasuklah ibu bapa.

Macam-macam perkara yang kita kongsikan disitu, tapi mungkin kita tak sedar ada beberapa perkara yang telah membuatkan kita jadi riak sebenarnya. Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa perkara dan contoh yang membuatkan ibu bapa sekarang menjadi riak dengan anak mereka.

Tulisan ini dipetik menerusi Facebook Shawn Mizan.

Lelaki Dedah 7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial

1. Anak pandai mengaji

AlhamduliLLaH.. Syukur anak-anak saya semua cepat pandai.. Umur 1 tahun dah hafal Yassin, Kahfi, Baqarah…

2. Anak dpt result periksa bagus

AlhamduliLLaH.. Tahniah anak mama dpt 100A.. Tak sesia hantar pergi tuisyen sampai RM20 ribu abes setiap bulan.. Mama bangga dgn kamu!

3. Anak comel

Tak tau la dia ikut muka siapa.. Muka mama dia ke, muka papa dia.. Ramai ckp dia ni nanti dah besar lawa.. I ingat nak masukkan dia dlm kelas modelling nanti.. Mudah-mudahan, amin..

4. Baju anak

Mahalnya baju bebudak skrg.. 2 helai stokin je sampai habis RM900.. Pastu pakainya kejap je nanti.. Budak cepat sgt membesar..

5. Kesihatan anak

AlhamduliLLaH.. anak saya sejak lahir sihat.. Kalau demam pun kejap je.. Pastu OK dah.. Kami tak boleh kotor2 habuk2 ni.. Anak kami, kami balut dgn plastik.

6. Anak solat

AlhamduliLLaH.. Anak ibu dah pandai solat.. Umur baru 5 bulan dah pandai solat sayang ibu ni.. Nanti do’akan ibu yer.. Sejuk perut ibu..

7. Anak rajin

AlhamduliLLaH.. anak2 saya semua rajin.. Saya didik dari kecik lagi.. Umur dorang genap setahun je dah pandai cuci longkang, cat tiang, lap tingkap, repair atap…..bla bla bla bla..

Boleh nak citer pasal anak… Tak salah pun..Cuma…

Boleh nak citer pasal anak… Tak salah pun.. Upload la gambar-gambar anak seberapa banyak yg kita nak.. Tak salah.. Kita kongsikan kegembiraan kita.. Itu kenangan-kenangan kita.. Cuma sebelum kita nak citer sesuatu pasal anak tu, kita check dulu.. ada unsur riak tak? Adakah aku nak dipuji? Atau aku mencari puji?

Kadang-kadang kita cuma nak berkongsi cerita pasal anak, tapi Syaitan tu halus bisikannya.. Tanpa sedar jadi menunjuk-nunjuk dan riak.. Bila hati tertipu, maka hanyutlah kita dalam sifat keji yg ALLaH benci.

Kalau kita tak hati-hati dan terpedaya dgn bisikan Syaitan, kita boleh timbul Riak.. Daripada Riak, bertukar jadi Ujub.. Lepas Ujub, kita jadi Takbur..
Na’uzubiLLaHiminzaliq..

Saya sendiri dulu selalu mcm ni.. Bila kena tegur dgn Ustaz, baru sedar diri.. ALLaHu..

Anologi di atas hanya sebagai contoh.. Bukan situasi sebenar supaya tidak menyamai dgn mana-mana kemungkinan.. Maaf kalau ada yg terasa..

?#?selfreminderforme?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.