PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tubuh manusia terdiri daripada cecair. Lebih daripada 70 peratus tubuh badan kita adalah cecair dan kekurangan air akan membuatkan tubuh lemah.

Jadi, perhatikan tanda – tanda ini. Jika tubuh anda sudah memberi tanda – tanda ini, sudah masanya untuk anda memberi perhatian kepada pengambilan air, terutamanya air putih atau air kosong.

Petanda Anda Perlu Minum Air Kosong

1. Haus

Haus adalah isyarat awal apabila tubuh anda kekurangan cecair. Jika anda sudah rasa haus, segera minum air. Biasanya, jika isyarat ini sudah muncul, anda akan mudah marah jika tidak segera mendapat minuman. Itu juga salah satu isyarat tubuh anda.

2. Bibir kering

Bibir kering juga salah satu tanda tubuh anda memerlukan air lebih banyak. Tubuh yang kekurangan air akan menyerap dari bahagian tubuh lain, salah satu mangsa adalah bibir anda. Tidak sedap mata memandang jika melihat bibir anda pecah-pecah akibat kekeringan kan?

3. Air kencing berwarna pekat

Air kencing yang sihat berwarna kuning cair hingga jernih. Jika air kencing anda berwarna kuning pekat bahkan hampir kemerahan, itu tandanya tubuh anda benar – benar kekurangan cecair.

4. Mudah lelah

Badan yang terasa lemas dan lelah adalah satu tanda juga bahawa tubuh anda kekurangan air. Cuba biasakan diri mengambil air kosong secara berkala. Satu gelas untuk 1-2 jam. Jadikan ia sebagai rutin kerana air akan membantu tubuh mengeluarkan toksin.

5. LAPAR

Anda berasa lapar padahal baru makan? Jangan terus makan jika terjadinya perkara sedemikian. Cuba minum dulu segelas air, kemudian tunggu dalam 15 hingga 30 minit. Jika rasa lapar itu hilang, berarti anda sebenarnya haus, bukannya lapar.

6. KULIT KUSAM

Ini juga salah satu tanda badan anda kekurangan air. Awalnya hanya sahaja yang bibir kering, lama kelamaan kulit kelihatan kusam. Daripada berhabis duit untuk rawatan kulit yang mahal, mulakan pengambilan air lebih banyak untuk mendapatkan kulit yang cantik.

7. SAKIT KEPALA

Hilang tumpuan adalah salah satu kesan dehidrasi. Selain itu, kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Maka jika gejala ini datang, cuba tambah pengambilan air putih anda. Jika keadaan bertambah baik, jadikan rutin untuk lebih kerap mengambil air kosong.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.