PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Riyadh: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan menanti ibunya tidur sebelum mengambil sebotol gam dari dalam laci dan memicitnya pada mata adiknya.

Kerana cemburu, abang 18 gam mata adik sendiri

Bapanya Atallah Al Anzi berkata, dia percaya anak sulungnya, Sultan, bertindak demikian kerana cemburu dengan tumpuan yang diberikan kepada adiknya yang berusia lapan bulan.

Atallah memuatnaikkan gambar bayinya itu selepas mata kirinya dipicit dengan gam berkenaan sebelum membawanya ke hospital untuk dirawat.

“Doktor membalut mata anak saya selama lima hari dan memberi keyakinan kepada saya bahawa dia dalam keadaan baik dan matanya akan pulih seperti sedia kala,” kata Atallah. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.