PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nampaknya setelah Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih lagi tidak memperoleh sebarang bayaran lagi sehingga kini, namun Aidil Zafuan melalui akaun Instagramnya menyatakan bahawa dia berhak untuk membayar kepada bekas isterinnya itu secara ansuran mahupun sekaligus memetik Oh Bulan.

Jawapan Aidil Zafuan Isu Rita Rudaini Belum Dapat Duit Mutaah

“Semasa keputusan mahkamah tempohari, tidak dinyatakan bagaimana dan bila bayaran tersebut perlu dijelaskan. Oleh kerana itu, saya berhak untuk membayar secara sekaligus asalkan saya memenuhi jumlah yang diperintahkan mahkamah”

“Selain itu, keputusan atau perintah bertulis juga belum lagi diterima oleh pihak saya mahu pun peguam syarie saya. So saya harap ianya tak perlu diriuhkan dan diperbesarkan. Selama ini cakap duit tak penting, maruah yang penting, so bersabarlah”

“Ni nak duit ke nak pertahankan maruah. Lain kali sebelum bagi apa-apa komen, ingat dulu sebelum bercakap,” jelas  di dalam muatnaik gambar di Instagram, membalas kembali kenyataan Rita yang dikeluarkan sebelum ini.

Apa pun, diharap apa yang sedang berlaku ketika ini dapat diselesaikan dengan baik. Nampak seperti tidak berpenghujung pula perdebatan di antara dua pihak ini. Ingatan kepada semua, janganlah bercerai.

Aidil Zafuan Jawab Kenyataan Rita Rudaini Yang Belum Dapat Duit Mutaah

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.