PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dua suspek dipercayai perakam video membelasah seorang wanita berusia 22 tahun yang menjadi viral di laman sosial Facebook, dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah, hari ini.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah, terhadap kedua-dua suspek wanita berusia 20-an terbabit, sementara reman terhadap suspek utama berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Ika dilanjutkan tiga hari lagi oleh pendaftar sama memetik Sinar Harian.

Gaduh di Bachok: 2 suspek perakam video ditahan polis

Dua suspek perakam aksi ganas tersebut ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab, antara jam 3 dan 4 pagi, kelmarin. Ika pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perintah reman berkenaan, manakala usaha mengesah dua lagi suspek dikenali Nija dan Mokbiey, 20-an diteruskan. Mereka dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang,” katanya.

Beberapa versi video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di laman sosial selepas insiden itu dirakam dan disebarkan kumpulan wanita terbabit, sejak beberapa hari lalu.

Kejadian berlaku dipercayai mangsa yang dituduh mencuri barang kemas seorang daripada suspek, tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Selain dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak hingga menampakkan bahagian dada, kumpulan wanita itu turut didakwa melarikan mangsa ke Terengganu menggunakan sebuah kereta serta memukulnya dengan menggunakan pengunci stereng.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.