PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi bagi kesalahan mencederakan seorang pekerja Bangladesh premis cuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.

Mohd Risamuddin Abdul Wahab, 36, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, mendatangkan kecederaan terhadap pekerja Bangladesh, Shaheb Ali, dikenakan kompaun RM5,000 yang perlu dibayar kepada mangsa dan majikannya, Haziyati Abdul Hamid memetik BH Online.

Hukuman Berat Buat Lelaki Tampar Pekerja Bangladesh di Car Wash

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis cuci kereta, Master Clean Car, Kampung Baru Subang pada jam 12.45 tengah hari, 17 Oktober 2015. Majistret Ellyana Razali mengarahkan tertuduh membayar kompaun itu selepas kedua-duanya mencapai persetujuan untuk membayar kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Selain itu, beliau juga memerintahkan kedua-dua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan kepada pihak media serta tidak boleh mengambil tindakan sivil sesama mereka. Rakaman tindakan Mohd Risamuddin memukul Shaheb di premis cuci kereta berkenaan tersebar di media sosial sejak Sabtu lalu. Dalam kejadian itu, Shaheb dikatakan cedera di hidung akibat dipukul Mohd Risamuddin yang tidak berpuas hati bahagian dalam keretanya kotor ketika dicuci.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.