PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita menghidap penyakit ganjil apabila tubuhnya perlahan-lahan berubah menjadi batu apabila otot-ototnya setiap hari semakin mengeras dan tidak berfungsi.

Setakat ini hanya 800 orang di dalam dunia ini yang mengidap penyakit seperti Ashley Kurpiel ini. Penyakit ini secara berperingkat mengubah otot, tendon dan ligamennya menjadi tulang pejal. Namun, sehingga kini tidak ada rawatan khusus untuk mengubatinya memetik Era.fm.

Doktor Terpaksa Potong Bahagian Badan Wanita yang Menjadi Batu

Bagi situasi Kurpiel, tangan kanan, otot kaki dan beberapa bahagian tubuhnya perlahan-lahan menjadi lumpuh.

“Saya tidak tahu sampai bila tubuh saya boleh bergerak, jadi saya mahu meneruskan hidup dan mengumpul momen-momen menarik dalam hidup saya sedaya yang mungkin,”ujarnya.

Berikutan keadaannya itu, doktor terpaksa memotong tangan kanannya yang tidak lagi berfungsi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.