PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SERDANG – Gara-gara tindakan seorang penumpang kereta menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, cermin kereta milik kenalannya itu dipecahkan.

Video berdurasi 2 minit 51 saat yang dirakam sendiri oleh wanita itu tersebar di media sosial.

Difahamkan, ahli kelab HOG itu berang dengan tindakan wanita terbabit yang menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya yang hampir dilanggar kereta itu memetik The Hype Media.

Bikers Pecahkan Cermin Kereta Akibat Tunjuk Isyarat Lucah

Menurutnya lagi, dia hanya mahu masuk ke lorong kereta itu tetapi tidak diberikan peluang menyebabkan kedua-duanya hampir bergesel. Namun dia beralah dan memberikan isyarat agak pemandu kereta terbabit pergi terlebih dahulu.

Insiden itu menyebabkan penumpang wanita berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya menyebabkan dia berang dan memberhentikan kereta itu.

Akibatnya, berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua pihak sehingga lelaki itu memecahkan cermin kereta mereka. 

“Perkara ini tidak akan berlaku jika dia tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya,” katanya. 

Pemandu kereta jenis Perodua itu pula mempertahankan dirinya dan mempersoalkan mengapa lelaki itu memecahkan keretanya sedangkan yang menunjuk isyarat lucah itu adalah penumpangnya selain dari cuba mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis.

(Update: Inilah Kisah Sebenar yang Berlaku Kepada Mangsa Buli Jalanan Ini)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.