PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seperti yang diketahui ramai, kerabat diraja Johor adalah salah satu kerabat diraja yang sungguh rapat dengan rakyatnya selain Sultan Kelantan, di mana mereka dilihat banyak bercampur dengan rakyat.

Terbaharu menjadi perbincangan hangat rakyat terutamannya rakyat Johor, mengenai sebuah video yang memaparkan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil mencemar duli dengan mengisar ais di sebuah gerai menjual air batu campur (ABC) di Pontian.

Video berkenaan telah dikongsikan oleh Tunku Jalil di laman Instagram miliknya di mana memaparkan bagina dengan bepakaian t-shirt hitam dengan tangan kiri berbalut kelihatan bersahaja mengisar ABC berkenaan dengan sambil diperhatikan oleh pemilik gerai.

Tunku Jalil Kisar ABC

Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Tunku Jalil yang mudah bercampur dengan rakyat kebanyakkan.

izal_oriey melalui akaun Instagramnya berkata “tunkujalil memang sempoi, bila nak datang segamat, datang lah mengejut , dkt hospital segamat, nal sangat tgok tunku dgn style sempoi mesra dgn rakyat, pssssttt!! Tunku, kalau turun hospital segamat, cari saya eaksss, nak bergambo.”

Sikap Tungku Jalil juga bukan sahaja disenangi oleh rakyat Johor,

khairie1510 berkata “Tunku, bila nk dtg Sabah? :) org Sabah pun minat ngn Tunku.” dan nurfairuz_noordin berkata “Saya bukan rakyat Johor tetapi saya dapat rasakan kasih sayang rakyat Johor kepada tunku. Semoga tunku sihat selalu”

Tunku Jalil, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail sebelum ini bergelut dalam melawan penyakitnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser hati dan kini berada dalam fasa pemulihan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.