PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

HAJAT Along Cham untuk beraksi di pentas akhir program Super Spontan All Stars buat kali pertama tidak kesampaian selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebentar tadi memetik Astro Awani.

Along tersingkir, lawak Mark Adam buat penonton pecah perut
Istimewa pentas Super Spontan All Stars minggu ini menyaksikan kemunculan semula penyanyi Mark Adam buat kali kedua sebagai artis undangan selain penampilan khas pelawak Indonesia, Bocil.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad terpaksa akur dengan keputusan tersebut selepas kumpulan yang diwakilinya, #KungfuKipidap tewas kepada #SilatDongibab dari segi undian SMS.

Sebelum bermulanya permainan, ahli kumpulan #SilatDongibab terpaksa menjalani hukuman #ChickenDanceSpontan selepas tewas di pentas suku akhir Jumaat yang lalu.

Istimewa pentas Super Spontan All Stars minggu ini menyaksikan kemunculan semula penyanyi Mark Adam buat kali kedua sebagai artis undangan selain penampilan khas pelawak Indonesia, Bocil.

Antara permainan yang  menguji kedua-dua kumpulan ialah Ayat Penyata, Pemberita Berkepala Tiga, Maju Mundur, Cerita Atas Lantai dan Demonstrasi.

Sama seperti di minggu kelima, kemunculan Mark Adam menjadi perhatian peminat dan penonton Super Spontan All Stars kerana karakternya yang sangat bersahaja namun mampu menyelitkan elemen-elemen lawak yang mudah dan ringkas.

Malah sewaktu permainan Ayat Penyata, penyanyi kelahiran Filipina ini membuktikan dia layak bergelar seorang pelawak kelak apabila dengan mudah menewaskan kesemua ahli kumpulan #SilatDongibab sewaktu permainan pertama iaitu Ayat Penyata.

Penyingkiran Along sebentar tadi menyaksikan pentas akhir bakal menyaksikan persaingan sengit enam pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak, Johan, Achey Bocey, Tauke dan Yus Jambu untuk merebut gelaran juara Super Spontan All Stars pada minggu hadapan.

Jangan lupa untuk terus menonton pentas akhir program Super Spontan All Stars pada Jumaat minggu hadapan di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Super Spontan All Stars dihoskan oleh Datuk AC Mizal sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas.

Layari www.superspontanallstars.com.my untuk info lanjut!

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.