PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kegilaan menghisap vape dilihat semakin berkembang begitu pesat dan kini sudah muncul peniaga dalam kalangan belia menjual alat ganti dan perisa vape secara kecil-kecilan.

Permintaan tinggi membuka peluang rezeki baik melalui jualan secara langsung di kaki lima mahupun pasar malam, penjualannya turut meliputi urus niaga atas talian menggunakan laman sosial media seperti Facebook dan Instagram memetik Harian Metro.

Amy untung RM50,000 sebulan jual vape

Penjual vape, Amy Anuar, 26, yang ditemui di Jalan Raja Muda, Kampung Baru berkata, dia tidak menang tangan apabila hasil penjualan alat berkenaan mencecah RM50,000 sebulan walaupun hanya baru tiga bulan beroperasi.

“Alat vaping dijual pada harga antara RM200 hingga RM1,000 sebuah manakala kos perisa pula iaitu untuk botol 10 mililiter berharga RM15 dan boleh bertahan untuk sehari ataupun dua hari dan botol 30 mililiter berharga antara RM35 hingga RM100 yang boleh bertahan selama dua minggu.

“Ia trend dan fenomena luar biasa serta permintaan daripada pelanggan sentiasa berterusan,” katanya.

Amy raih RM50 ribu sebulan jual vape dan perisa vape walaupun baru 3 bulan buka kedai |

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.