PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

YORKSHIRE – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun lemas di kolam di laman rumah, sementara ibunya sibuk memuat naik gambar di laman Facebook.

Claire Barnett yang sedang sibuk melayari internet dan chatting di Facebook itu sepatutnya mengawasi anaknya, Joshua, yang bermain berhampiran kolam di laman rumah mereka, Beverley, Yorkshire.

Anak Maut Akibat Ibu Sibuk Chatting di Facebook

Menurut Claire, dia berlari keluar selepas 10 saat anak itu jatuh ke dalam kolam. Namun mahkamah berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa lama mangsa sudah berada di dalam kolam itu. Joshua kemudiannya disahkan mati di hospital.

Mahkamah Hull Crown dimaklumkan, Claire yang mempunyai empat orang anak dari tiga bapa yang berlainan itu telah dinasihatkan oleh saudara maranya agar memagar kawasan kolam tersebut selepas berpindah ke rumah sewa berkenaan. Namun nasihat itu tidak diendahkan oleh Claire.

Claire juga selalu membiarkan anak-anaknya bermain di luar dan di jalan tanpa sebarang pengawasan. Dua orang anaknya juga pernah hampir dilanggar oleh kereta. 

Dalam kes terbaru, Joshua dibiarkan bermain berdekatan kolam rumah dan terjatuh ke dalam kolam yang panjang 13 meter dengan kedalaman 50 sentimeter.

Claire kemudian membuat panggilan 999 pada jam 9.27 pagi melaporkan anaknya terjatuh ke dalam kolam.

Wanita itu cuba memberikan bantuan kecemasan pada anaknya tetapi mangsa masih tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital dan disahkan mati pada jam 11 pagi. 

Mahkamah memutuskan Claire Barnett cuai dan bersalah kerana membiarkan anak bermain di luar tanpa sebarang pengawasan. Claire dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun oleh Jakim Jeremy Richardson.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.