PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Apple hari ini melancarkan iOS 9.1, versi terbaru sistem operasi mudah alih kepada semua pengguna iPhone, iPad atau iPod.

Perisian ini memperkenalkan beberapa ciri-ciri baharu, dan antara ciri yang menarik perhatian pengguna ialah penambahan 150 emoji baru termasuk emoji jari tengah atau ‘middle finger’ memetik Astro Awani.

Emoji ‘middle finger’ diperkenal Apple lancar iOS 9.1

Apple lancar iOS 9.1 dan perkenalkan emoji ‘middle finger’
Emoji Middle Finger

Apple lancar iOS 9.1 dan perkenalkan emoji ‘middle finger’
Antara emoji yang ada dalam iOS 9.1

Selain itu, iOS 9.1 turut meningkatkan kualiti ciri ‘Live Photos’, dimana iPhone 6S serta iPhone 6S Plus kini dapat mengesan pergerakan telefon ketika mengambil gambar untuk mengurangkan rakaman yang tidak dikehendaki, dan memastikan GIF Apple berfungsi lebih baik.

Apple lancar iOS 9.1 dan perkenalkan emoji ‘middle finger’

Kebanyakan ciri-ciri lain bertumpu kepada penstabilan sistem seperti kelancaran pemprosesan iOS 9.1 agar lebih pantas dan kompak serta menyelesaikan masalah berkenaan Calendar, Game Center serta Mail.

Untuk mengemaskini iPhone anda kepada iOS 9.1, anda boleh layari di Settings>General>Software Update.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.