PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) semalam berkata mereka kini sedang menyiasat sebuah kereta buatan Malaysia yang didakwa melanggar peraturan dengan membuang salah satu bahagian keselamatan di kereta terbabit.

Menurut kenyataan rasmi dari Ketua Setiausaha ASEAN NCAP, Encik Khairil Anwar Abu Kassim, mereka menerima laporan bahawa bahagian menambat fitment yang bertujuan untuk memegang kerusi kanak-kanak telah dibuang dari kereta terbabit.

ASEAN NCAP berkata, bahagian tersebut dipasang di kereta berkenaan ketika ujian dilakukan untuk mendapat rating. Namun setelah mendapat rating dari ASEAN NCAP, bahagian itu telah dibuang.

ASEAN NCAP Siasat Kereta Buatan Malaysia yang Langgar Peraturan Keselamatan

“ASEAN NCAP hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima beberapa laporan dari pengguna mengenai satu pelanggaran spesifikasi di salah satu kereta yang diuji. Menurutnya, bahagian menambat fitment bahagian atas telah dibuang dari kereta buatan tempatan itu, yang mana penting untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan”, tulis kenyataan tersebut.

ASEAN NCAP turut menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

ASEAN NCAP: Kereta Buatan Malaysia Disiasat Kerana Langgar Peraturan Keselamatan

“Ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab dari pengeluar kereta dan perlu didedahkan kepada umum bagi menunjukkan isu keselamatan tidak boleh dipermain-mainkan.”, tegas kenyataan itu.

ASEAN NCAP turut berkata mereka akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pengeluar terbabit dan juga cara untuk pengeluar terbabit memulihkan keadaan.

Menurutnya juga, kereta berkenaan juga mungkin akan diuji semula dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Namun, kenyataan tersebut tidak menyebut jenis dan pengeluar kereta terbabit.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.