PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Abdul Rani Kulup tampil mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang memukul pekerja Bangladesh kerana dikatakan bertindak kurang ajar dan mengotori kenderaannya.

Rani yang menggelarkan dirinya Ayah berkata, tindakan pemilik kenderaan itu tidak salah sebaliknya pekerja Bangladesh dan pemilik pusat cuci kenderaan itu patut dipersalahkan.

Rani Kulup Sokong Pemilik Range Rover Tampar Bangla

“Nasib baik dia pukul , kalau saya, mungkin saya suruh pekerja berguling atas padang,” katanya yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia.

Rani Kulup berkata, pemilik perniagaan patut juga dipersalahkan kerana tidak menjaga dan melatih pekerja asing supaya menghormati pelanggan.

“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya.

Dia ditemui selepas membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Selasa.

Rani berkata, masalah pekerja asing biadab turut berlaku di kedai makan dan restoran yang menyebabkan pelanggan marah.

“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” katanya terkenal dengan hashtag kipidap.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.