PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Macam-macam perkara boleh terjadi apabila terlalu takut untuk melangsungkan perkahwinan sampaikan terus tak jadi berkahwin.

Disebabkan pengantin lelaki tidak mahu berkahwin, keluarga pengantin perempuan dengan tenang menjadikan majlis perkahwinan tersebut kepada satu majlis makan amal untuk orang kurang berkemampuan memetik Era.fm.

Perkahwinan Dibatalkan Jadi Majlis Makan Amal Akibat Bakal Pengantin Lelaki Tak Mahu Kahwin

Quinn dan Landon, 27 sepatutnya berkahwin dengan majlis yang menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta di Citizen Hotel di Sacramento, USA. Majlis perkahwinan itu telah dibatalkan seminggu sebelum ianya berlangsung.

Namun, keluarga Quinn telah mengambil keputusan untuk tidak membatalkan apa-apa tetapi menjemput orang kurang berkemampuan dan gelandangan di bandar itu untuk datang.

Rashad Abdullah yang datang bersama isteri, Erika Craycraff dan lima orang anaknya berkata, “Bila anda bersusah payah untuk lakukan sesuatu yang berbeza untuk keluarga anda, ianya benar-benar satu rahmat.”

Manakala ibu pengantin perempuan berkata, “Saya sangat sedih dan terkilan untuk anak saya, tetapi saya gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.”

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.