PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 bagi pelajar sekolah dan Program Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 bagi penuntut institusi pengajian tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 bertema “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun berkata, mulai Januari 2016, bantuan persekolahan itu hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah memetik Bernama.

Bantuan persekolahan RM100 dan baucar buku 1Malaysia RM250 diteruskan
Penebusan Baucar Buku 1Malaysia hanya di kedai buku diiktiraf.

Bagi mengelak salah guna Baucar Buku 1Malaysia yang boleh dimanfaat 1.2 juta penuntut, Perdana Menteri berkata kaedah penebusan diperkemaskan dengan hanya di kedai buku diiktiraf.

Selain itu, Najib berkata program rancangan makanan tambahan yang hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, diperluaskan kepada sarapan pagi membabitkan 550,000 pelajar keluarga miskin yang tersenarai dalam daftar e-Kasih membabitkan kos RM423 juta.

Kerajaan akan memperuntukkan RM41.3 bilion pada 2016 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang antara lain membina 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sik, Kedah, Ketereh dan Tanah Merah di Kelantan dan Bagan Datoh, Perak.

Kerajaan juga akan membina lima Sekolah Berasrama Penuh masing-masing di Alor Gajah, Pendang, Segamat dan Ledang di Johor serta Jerantut di Pahang.

Menurut Najib, untuk peringkat kelas pra sekolah pula, RM44.6 juta diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 kelas seluruh negara.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.