PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki diikat pada tiang lampu di tengah jalan sibuk di bandar Ningbo, timur China, sebagai hukuman oleh ayah remaja perempuan yang sering diganggunya.

Lelaki itu dikenali sebagai Xu, 51, didakwa mengekor gadis terbabit sebelum dan selepas waktu sekolah selama seminggu sebelum dihidu ayah remaja terbabit, lapor People’s Daily Online.

Kerana selalu mengikut anak gadisnya, bapa tampar dan ikat lelaki ini di tiang lampu
XU diikat pada tiang lampu.

Ayah terbabit kemudian mengekori anaknya ke sekolah dan berjaya menangkap Xu pada 23 Oktober lalu.

Apabila disoal, Xu mendakwa mahu menjadikan gadis terbabit sebagai anaknya menyebabkan si ayah berang lalu menamparnya beberapa kali dan mengikatnya pada tiang lampu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.