PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelajar perempuan tingkatan lima ditemui mati dalam bilik tidurnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat remaja itu, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui bapanya pada 7.30 malam tadi memetik Harian Metro.

Pelajar tingkatan 5 ditemui mati dalam bilik tidur dengan kesan kelar di leher

Intan Suraya (gambar kecil) ditemui mati dalam bilik rumahnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, 7.30 malam tadi.

Katanya, sebelum itu bapa mangsa yang pulang dari kerja memanggil anaknya yang berada dalam bilik.

“Bagaimanapun, dia pelik apabila panggilan tidak disahut sebelum membuka pintu bilik, namun terkejut melihat tubuh anaknya sudah kaku.

“Bapa mangsa turut melihat ada kesan kelar di leher anaknya dan keadaan dalam bilik agak berselerak,” katanya.

Sehingga kini, polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

(Update: Suspek bunuh pelajar perempuan tingkatan 5 ditahan)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.