PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sepasang pengantin remaja, hanya sempat menikmati kehidupan berumah tangga kira-kira empat hari apabila maut memisahkan mereka selepas motosikal yang dinaiki terbabit nahas, di sini, pada Rabu lalu memetik Berita Harian.

Lelaki tatap wajah isteri tersayang yang maut 4 hari selepas sanding
ABDUL Rauf Sarauddin (kiri) diberi peluang menatap wajah arwah isterinya Siti Fatimah Manja selepas bedah siasat.

(Dikhabarkan pasangan ini telah menikah pada 5 September lepas)

Dalam nahas di Kilometer 29, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datoh, kira-kira jam 10.30 malam itu, Siti Fatimah Manja, 18, meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian ketika dia dalam rawatan kecemasan di Hospital Teluk Intan (HTI).

Suaminya, Abdul Rauf Saruddin, 19, yang bekerja sebagai jurujual pula cedera parah apabila patah kaki.

Pasangan itu dalam perjalanan dari Bagan Datoh ke Teluk Intan apabila bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.

Kakak mangsa, Siti Hajar, 25, berkata keluarganya baru selesai melangsungkan majlis persandingan buat adiknya dan ipar itu pada Sabtu lalu.

“Mereka dijadualkan akan diraikan dengan majlis persandingan sebelah keluarga lelaki pula pada Ahad ini. Malangnya tidak kesampaian akibat nahas yang menimpa ini,” katanya.

Jenazah arwah Fatimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, tengah hari semalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.