PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas seketika selepas bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian pada jam 6.45 petang semalam itu berlaku selepas pesawat jenis Boeing 737-800 terbabit berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2 memetik Bernama.

Detik cemas bateri vape terbakar di pesawat Malindo Air

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata kebakaran itu berlaku semasa penumpang berkenaan sedang menonton tayangan video di paparan skrin di tempat duduknya.

“Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.

“Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata, tindakan pantas anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat selamat mendarat di KLIA2 pada 8.44 malam.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat.

Namun, tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.