PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu memetik Mstar.

Saifuddin Abdullah sertai PKR

Terdahulu, sebuah poster mengumumkan penyertaannya ke parti pembangkang itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp pada petang Rabu walaupun sumber imej berkenaan tidak diketahui.

Bagaimanapun terdapat kesalahan menerusi maklumat dalam poster berkenaan apabila ia menyatakan bahawa pengumuman penyertaan Saiffuddin ke PKR akan dibuat di pejabat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Damansara Heights.

Bagaimanapun PKR sendiri sudah mengeluarkan jemputan bagi membuat liputan sidang media di ibu pejabat parti itu pada Khamis.

Saifuddin baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.