PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang bekas jurukamera warga Hungary yang sebelum ini telah menimbulkan kemarahan dunia selepas tersiar sebuah video yang menunjukkan dengan dengan sengaja telah menyadung dan menendang kaki pelarian Syria pada September lalu telah tampil semula dimana dilaporakan dia akan menyaman lelaki Syria tersebut.

Punca Bekas Jurukamera Warga Hungary Mahu Saman Pelarian Syria dan Facebook

Memetik laporan portal berita Aljazeera, wanita tersebut, Petra Laszlo yang merupakan bekas kakitangan stesen N1TV berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman mangsa, Osama Abdel Mohsen Alghadab ekoran pelarian Syria itu menukar keterangannya yang sebelum ini menyalahkan pihak polis.

Selain itu, beliau juga dikatakan akan menyaman pihak Facebook kerana mendakwa pengendali laman sosial berkenaan memainkan peranan penting sebagai platform kecaman dan kutukan yang diterimanya.

Bekas Jurukamera Warga Hungary yang Tendang Pelarian Syria Mahu Saman Pelarian Syria dan Pihak Facebook

“Kami (dan suaminya) percaya bahawa Facebook memainkan peranan utama kepada saya. Ia membantu orang ramai mengutuk saya,” katanya.

Sebelum ini, dia dilaporkan telah memohon maaf atas tindakannya terhadap pelarian Syria itu sehingga menyebabkan kemarahan global.

Dalam rakaman video yang menjadi perhatian dunia itu, Mohsen yang sedang melarikan diri jatuh tersungkur selepas Laszlo bertindak menyadung kakinya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.