PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KEBIASAANNYA cabaran menghabiskan makanan dalam satu jangka masa tertentu akan diberi pengiktirafan Wall of Fame dan sajian itu diberikan secara percuma.

Namun, berlainan dengan sebuah restoran di Mexico, Don Chingon yang terletak di Flatbush, New York ini, ganjaran yang diberikan adalah sesuatu yang amat bernilai memetik Mynewshub.

Habiskan Makanan Ini Jika Ingin Menjadi Pemilik Restoran

Sekiranya pelanggan boleh menghabiskan sajian burrito (makanan orang Mexico, roti tortilla yang diisi beraneka inti) seberat 14 kilogram dalam masa sejam, individu itu akan memperoleh sebanyak 10 peratus saham restoran tersebut.

Boleh Jadi Pemilik Restoran Jika Habiskan Makanan Ini

Ianya juga sekaligus melayakkan mereka menjadi rakan kongsi serta pemilik bersama restoran.

Bukan mudah nak menang sebab ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya, peserta perlu menghabiskan ‘permainan’ dengan meminum sekali minuman margarita pedas yang direka pemilik selain pihak restoran tidak akan menanggung sebarang risiko kecederaan atau kematian sekiranya berlaku.

Jika peserta tidak berjaya menghabiskan cabaran, mereka perlu membayar bil makanan itu yang berjumlah sebanyak USD$150 (RM625).

Boleh Jadi Pemilik Restoran Jika Habiskan Makanan Ini

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.