PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Susu badan bagi setiap wanita tidak perlu banyak. Memadai ianya cukup untuk anak.

Fitrah asal Allah mencipta manusia itu ialah berbeza setiap manusia. Dan didatangkan setiap makhluk itu pasangan bagi saling mencukupi diantara mereka. Kestabilan alam ini semua makhluk memang berbeza. Kerana itu adalah asas bagi keseimbangan alam.

Malam pasangannya siang. Lelaki dan wanita. Kanan dan kiri. Kuat dan lemah. Inilah asas kestabilan alam. Yang tunggal hanya Allah Taala.

Jika ada yang bertanya, cukup ker susu?

“Dalam bab penyusuan badan, Semua bergantung pada teknik.”

Cuba tanya pada mereka, kenapa susu tidak cukup? Tikus, kucing, anjing, tupai, semuanya mempunyai anak yang banyak setiap kali lahir. Adakah cukup susu mereka? Walhal haiwan tidak mampu untuk beli susu formula di kedai. Pilihan haiwan hanya susu badan sahaja. Tanpa sebarang alasan.

Tanya pada mereka, mak cik… Gaji pakcik berapa? Cukup tak gaji kecil ini nak menampung anak yang ramai?

Ada orang gaji 1500, ada yang 10000, tapi masih cukup untuk menampung jumlah tanggungan anak dalam keluarga.

Soalnya adalah pada teknik berbelanja. Disitulah yang mencukupkan segalanya.

Sama seperti susu badan. Ianya bukan soal berapa banyak susu dihasilkan, soalnya ialah pada pemahaman teknik penyusuan. Teknik demand and supply.

Jika seorang lelaki berpendapatan 10000 tapi hanya duduk rumah flat dan memiliki kereta viva, pasti lelaki itu banyak lebihan wang untuk bantu manusia lain.

Dalam bab penyusuan, jika seorang ibu dibekalkan dengan susu yang banyak, walhal anaknya seorang sahaja, maka pasti dia mampu untuk memiliki banyak anak susuan.

Semua bergantung pada teknik. Dalam bab penyusuan badan, ianya bukan sekadar selak baju dan sumbat tetek pada mulut anak. Ianya perlu dilakukan dengan ilmu.

Tambahan pula ditambah dengan banyak wanita bekerja sekarang. Banyak atau sedikit itu sudah ditetapkan Allah, persoalannya adakah kita melakukannya dengan ilmu atau tidak?

Sebab itu susu banyak bukan dilihat pada saiz tetek, ianya dilihat pada kecekapan dan pemahaman teknik.

Jika dilihat pada saiz tetek, kenapa tetek kucing, tikus dan anjing kecil tetapi boleh menyusukan anak yang banyak? Dan tiada anak yang mati sebab tak cukup susu.

Minda perlu positif. Itu syarat paling awal sebelum menyusukan anak. Abaikan anasir2 negatif dari luar. Untuk merangsang hormon oxytocin yang banyak membantu sepanjang tempoh penyusuan.

Sebab itu suami perlu menjaga emosi isteri sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan. Tekanan juga boleh mengganggu proses pengeluaran susu.

Semua ini berlaku secara semulajadi, fitrah dari ILahi. Balik kerja peluk isteri, layan anak, semua itu membntu rangsangan pengeluaran susu dari isteri.

Ada orang pelik, dngan gaji tidak sampai 2 ribu si suami mampu sara 2 anak dan isterinya suri rumah sepenuh masa.

Walhal tang bergaji 5 ribu, anak seorang sahaja dan isterinya bekerja tapi tidak cukup juga.

Semuanya bergntung pada teknik kita berbelanja. Dal bab susu badan, teknik dan pemahaman pada konsep demand and supply.

Lebih tinggi demand si anak menyusu. Maka lebih banyak supply susu.

Rezeki, ajal dan jodoh 100% rahsia Allah. Kita hanya usaha. Dan usaha dengan ilmu.

Susu badan itu makanan. Makanan itu rezeki buat si anak.

Sebab tulah, dengan memahami ilmu penyusuan badan sahaja, kalian akan nampak jalan kebesaran Tuhan.

Tak perlu nak tengok pokok sujud. Tak perlu nak tengok daging korban ada kalimah Allah. Cukup sekadar memahami ilmu penyusuan, kmudian amalkan. Ya…. Jalan mendekati kebesaran Tuhan ada didepan.

Menyusulah kawan, itu makanan manusia pilihan diawal usia bayi baginda. Itu sunnah. Itu juga perintah dari Tuhan melalui Al quran.

Mari kita hidupkan sunnah ini. Biar semua bayi umat nabi s.a.w kuat antibodinya. Tajam akal fikirannya. Tenang jiwa raganya.

Jalan ini bukan mudah. Tapi jalan penghidup sunnah memang susah.

Ibarat menggenggam bara api. Seakan berjalan di atas mata pedang.

Jadilah mukmin yang kuat. Hanya yang kuat boleh mendidik zuriat juga menjadi kuat.

Susu badan untuk semua.

Faham dan genggam mentera sakti ini kawan…

” Demand and Supply “

Jangan diam.Kita ummat Muhammad s.a.w. Umat pendakwah. Jadi terus berdakwah.

Kita berhujjah sentiasa. Agama tertegak diatas hujah2. Jadi berhujahlah dengan ilmiah.

Susu manusia untuk manusia. Dari manusia untuk manusia. Real food for real people. – Abu Hannah (Tokoh Internet)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.