PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sedih, sebak dan simpati. Itu lah perasaan kami yang bercampur baur bila terbaca kata-kata terakhir arwah adik Aliff Hateem, salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas LPT2 dua hari lepas.

Setiap ayat yang diungkap seolah-olah sudah mengetahui bahawa ajalnya hampir tiba dan membuatkan kami turut menangis dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Semoga adik sekeluarga tenang di sana dan dicucuri rahmat.

Al-fatihah.

Salam takziah diucapkan juga kepada keluarga mangsa Puteri Nabilah Azaman atas kehilangan keluarga tercinta.

“Bye dunia luar”

Status Terakhir Mangsa Nahas LPT2 Seperti Tahu Ajal Akan Tiba

Bye dunia luar , semoga bertemu kembali kita di lain hari haha ???? - aliff_hateem

Lebih menyedihkan lagi apabila seminggu selepas gambar dan kapsyen tersebut mereka dikhabarkan bahawa ibunya telah kembali ke rahmatullah.

“lost my mom”
I lost my mom  Al Fatihah - aliff_hateem

“teringatkan umi saya selalu sedekahkan Al Fatihah”

“Bye dunia luar” – Antara Kata-Kata Terakhir Mangsa Nahas LPT2

Bila teringatkan umi saya selalu sedekahkan Al Fatihah , sampai bila saya kena bersedih???? ? Nak tak nak saya kena senyum juga - aliff_hateem

Menitis air mata kami bila baca luahan ini, namun ajal maut Allah S.W.T sudah tentukan giliran adik ini pula ‘menyusul’ 2 minggu selepas ibunya.

Kata-kata terakhir adik Aliff

Orang selalu cakap “Kau dah kaya buat apa belajar ?” Tuhan bagi kau duduk dekat bumi ni suruh kau cari ilmu bukan kekayaan ???? - aliff_hateem

“Bye dunia luar” – Antara Kata-Kata Terakhir Mangsa Nahas LPT2

Adik Aliff maut dalam sebuah kemalangan bersama 5 lagi ahli keluarganya selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, kelmarin.

Mangsa  Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.