PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pihak polis hari ini telah dibebaskan pemandu teksi yang telah menghantar pulang kanak-kanak yang diculik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan bon polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Abang Nizam Akhirnya Dibebaskan Polis

Menurutnya, pemandu yang dikenali sebagai Nizam berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

“Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Pada 9 Oktober lalu, menjadi viral di laman sosial kisah seorang kanak telah diculik oleh dua orang lelaki didepan ibunya sendiri ketika hendak dihantar ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua, 9 pagi.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.