PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Alhamdulillah. Tadi pergi makan di Giant. Dah order semua, sekali bila nak bayar, purse tak bawa! Terpaksa cancel semua makanan yang diorder. 

Tetapi ada seorang makcik itu memang kenal dengan saya. Dia suruh saya makan dulu, bila ada duit nanti barulah bayar. 

Dengan berat hati, saya pun ambil sajalah. Lagipun, esok boleh datang lagi tetapi tetap tidak sedap hati. Saya pergi ke kereta, korek sana sini, memang sah tiada duit. Anak-anak pula menangis-nangis kelaparan. 

Apa yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Dah Order Makanan Tapi Duit Tiada

Sekali teringat yang Maybank2u boleh buat Cardless Withdrawal. Jadi, saya pun buka browser di handphone dan login full website Maybank2u. Siap transfer duit dari handphone.

Sejurus dapat mesej daripada Maybank, terus pergi ke ATM dan pilih Cardless Withdrawal. Masukkan 16 digit kod yang diberikan dalam mesej itu serta 6 digit password yang disertakan sekali. 

Alhamdulillah. Tiada kad ATM pun boleh withdraw duit. Time sesak-sesak iini, syukur sangat ada cara alternatif. Tapi bagi yang tidak berkemampuan betul-betul, bagaimana? Perkara ini sangat menginsafkan diri. 

Please share kalau rasa boleh tolong orang lain. – Great Baby Skin Tropika

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.