PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bapa kepada budak lelaki yang diculik di Kajang baru-baru ini menyiarkan iklan untuk membersihkan nama pemandu teksi yang menyelamatkan anaknya.

Menerusi iklan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, Lee Kim Wen, 31 berkata, beliau dan keluarga yakin pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, tidak terlibat dalam kes culik itu.

Kim Wen juga berterima kasih kepada Hanizan dan berkata beliau terhutang budi kepada pemandu teksi berusia 41 tahun yang membawa pulang anaknya memetik Mstar.

Tindakan mengejutkan bapa mangsa culik demi bersihkan nama pemandu teksi

Bagaimanapun, beliau juga kesal kerana siasatan kes itu menyebabkan kehidupannya dan Hanizan terjejas.

Kim Wen juga memberitahu beliau mahu memastikan reputasi Hanizan tidak tercalar akibat kejadian itu.

Pada 9 Oktober lalu, budak lelaki itu diculik di luar tadikanya di Sungai Chua, Kajang dan insiden itu dirakam menerusi CCTV.

Bagaimanapun, selepas lapan jam, budak lelaki itu ditemui Hanizan dan dibawa pulang dengan selamat ke kediaman Kim Wen.

Siasatan polis mendapati Hanizan tiada kaitan dengan kes itu dan pemandu teksi itu akan menjadi saksi utama kejadian berkenaan.

Tiga lagi lelaki telah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik dan menuntut wang tebusan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.