PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pembebasan pemandu teksi, Hanizan Mohamad Radzi daripada tahanan polis selepas didapati tidak terbabit dengan penculikan kanak-kanak di Kajang turut disambut gembira oleh keluarga mangsa.

Ahli keluarga kanak-kanak terbabit berkumpul di mahkamah di Kajang pada Jumaat untuk bertemu dengan Hanizan memetik Free Malaysia Today.

Pemandu teksi disambut dengan tangisan sayu

Ayah dan datuk kanak-kanak itu berpelukan dengan Hanizan sebaik sahaja bertemu sebagai tanda terima kasih kerana membawa pulang mangsa ke rumah dengan selamat.

Hanizan menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial.

Dia bagaimanapun ditahan reman selama seminggu bersama tiga yang lain bagi membantu siasatan.

Hari ini (Jumaat), Hanizan dibebaskan dan pihak polis juga telah meminta maaf kepadanya.

Manakala tiga yang lain termasuk seorang warga Indonesia didakwa di mahkamah kerana kesalahan menculik dan meminta wang tebusan RM300,000.

Bercakap kepada media selepas itu, Hanizan berkata, dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia hanya membantu masyarakat tanpa mengira bangsa.

“Saya mengaku salah kerana tidak membuat laporan polis. Saya harap kejadian ini tidak menakutkan orang awam untuk bekerja sama dengan polis,” katanya yang mengaku menerima layanan baik polis sepanjang ditahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.