PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Di Zhengzhou, China, sekumpulan penduduk di bandar ini mengamalkan satu senaman pelik dengan merangkak di sekitar taman sebagai cara menyihatkan badan.

Senaman itu diamalkan sekumpulan penduduk di bandar ini yang mendakwa mampu menyembuhkan sakit tengkuk dan belakang mereka.

Senaman Pelik Ini Jadi Kegilaan di China

Kumpulan itu disertai pelbagai golongan dari kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas.

Mereka membongkokkan badan sebelum berjalan menggunakan kaki dan tangan mereka secara serentak.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Wang berkata, senaman itu membantu menyembuhkan masalah sakit tulang belakang yang dialaminya.

Dikatakan Baik Untuk Kesihatan, Senaman Pelik Ini Jadi Kegilaan di China |

Dikatakan Baik Untuk Kesihatan, Senaman Pelik Ini Jadi Kegilaan di China |

“Merangkak setiap hari bukan sahaja menenangkan fikiran, tetapi turut menyembuhkan sakit tulang belakang saya,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Sun memberitahu, senaman pelik itu membantunya mengurangkan penyakit darah tinggi yang dihadapinya.

“Kami ada seorang guru yang mengajar kami senaman merangkak ini sejak enam tahun lalu.

“Guru kami ini berusia lebih 90 tahun dan dia masih sihat dan cergas,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.