PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kenyataan yang tidak cerdik seperti inilah antara sebab mengapa ramai doktor yang enggan berkhidmat dengan kerajaan.

Kerjaya mereka sepatutnya dihormati tetapi dek segelintir manusia cetek pemikiran seperti ini menyebabkan mereka lebih rela bekerja dengan sektor swasta. 

Kenyataan Mohd Ariff Abd Kadir itu mengundang perhatian Aznil Hisham dan mengkritik dakwaan lelaki berkenaan memetik The Hype Media.

Jawapan Persoalan Gaji Doktor Kerajaan Dibayar Oleh Rakyat

Jawatan tertinggi Penjawat Awam di Malaysia adalah Gred Turus Khas. Di Malaysia, hanya seorang saja yang menjawat jawatan ini iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Pendapatan Sebulan KSN = RM40,000. 

Jika aku pergi ke sektor swasta, bulan pertama aku boleh mendapat RM40,000. 

Satu MRI bersamaan dengan RM200. Jika dalam sehari ada lapan kes melibatkan MRI (di Hospital Kuala Lumpur, sehari = 30 kes), maka sebulan (28 hari) = RM44,000+

Itu MRI sahaja. Belum CT Scan, Ultrasound, Mamogram, Angio dan lain-lain. 

Jadi, saudara yang berkenaan ingat aku pandang sangat cukai yang saudara bayar itu? Saudara, Malaysia ada 1.5 juta Penjawat Awam. Gred Turus Khas hanya seorang sahaja. Bila tahun aku nak sampai gred Turus Khas? 

Ikut hukum alam, jika aku ingin bergaji seperti KSN, maka aku hanya perlu bekerja dengan mana-mana syarikat swasta. Tetapi hati aku menolak sebab aku berfikir adakah wajar aku mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain? 

Usah kalian risau, kami akan pergi juga suatu hari nanti apabila rakyat sudah tidak tahu menghargai kami sebagai doktor.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.