PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon yang pernah menggemparkan industri seni tanah air mengenai pendedahan perbualannya yang didakwa bersama Fizz Fairuz baru-baru ini iaitu Fara Mendoza baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan dalaman.

“This is reason why i’m crying too much. Kejadian pulang dari Subang meeting untuk hal business, saya memandu seorang diri, Ya Allah sakitnyaaa. Alhamdulillah saya selamat hanya mengalami kecederaan dalaman. Semoga saya tabah dengan dugaan ini,” jelasnya dalam muatnaik gambar di Instagram.

Komen Mengejutkan Peminat Apabila Fara Mendoza kemalangan

Menurut Fara, dia dalam perjalan pulang setelah selesai perjumpaan mengenai perniagaan di Subang sebelum terlibat di dalam kemalangan tersebut. Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fara masih lagi berada di hospital memetik Roti Kaya.

Malah peminatnya di laman Instagram juga berharap agar dirinya cepat sembuh selain ada juga yang menyatakan kejadian tersebut adalah sebagai satu petanda terbaik untuk pelakon ini bertaubat dan berubah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.