PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Emma Maembong terpaksa berhadapan dengan kritikan hebat daripada peminat di laman sosial miliknya gara-gara video dia menampar aktor Kamal Adli yang menjadi viral sejak minggu lalu.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan meminta pelakon berkenaan menjelaskan kedudukan sebenar memetik Mstar.

Gimik Emma Maembong tampar Kamal Adli dihentam Netizen

“Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.

“Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar,” katanya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk minuman terbaharu Est Cola di Sri Pentas di sini, Ahad.

Gara-gara gimik tampar Kamal Adli, Emma Maembong dihentam hebat netizan
Kamal Adli dan Emma Maembong.

Dalam pada itu, menjelaskan perkara sebenar, Emma berkata, adegan dia menampar Kamal sebenarnya hanyalah gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan kepada pelanggan.

Jelas Emma, idea untuk menyebarkan sedutan iklan berkenaan sebagai gimik adalah idea daripada pihak Est Cola sendiri dan mengakui pada awalnya bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.

“Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.

“Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

“Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar,” jelasnya.

Gara-gara gimik tampar Kamal Adli, Emma Maembong dihentam hebat netizan

Sementara itu, Kamal berkata, dia berasa kasihan kepada Emma kerana kesan daripada penyebaran video tersebut lebih kepada wanita berkenaan kerana peminat tertanya-tanya motif tamparan dibuat kepadanya.

Bagaimanapun kata Kamal, Emma sejak awal sudah maklum ia berkaitan dengan kerja dan terpaksa menutup mulutnya daripada menceritakan hal sebenar kepada peminat yang bertanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong pula berkata, pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk berkenaan dibuat berdasarkan keserasian dan populariti mereka ketika ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.