PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Di Zhejiang, China, nasib malang menimpa seorang lelaki selepas lengannya tersangkut ketika cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di dalam lubang tandas.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, dia masuk ke tandas berkenaan untuk membuang air besar sambil menggunakan telefon bimbitnya.

Sanggup Celup Tangan Dalam Jamban Akibat Telefon Bimbit Jatuh

“Secara tiba-tiba telefon saya terlepas dari tangan dan terus masuk ke dalam lubang tandas.

“Tanpa berfikir panjang saya terus memasukkan tangan ke dalam lubang tandas itu untuk mengambil telefon bimbit saya,” katanya.

Ujarnya, selepas dia memasukkan tangannya ke dalam lubang tandas hingga ke paras lengan dia tiba-tiba tersangkut.
“Saya cuba menarik tangan, tetapi saya berasa sangat sakit.

“Saya kemudian menjerit meminta tolong sebelum seorang lelaki datang dan menghubungi bomba,” katanya.

Bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan tangan lelaki itu dengan memecahkan tandas berkenaan.

Bagaimanapun, tidak diketahui lelaki itu berjaya mendapatkan telefon bimbitnya semula atau tidak. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.