PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Manusia mengambil anak angkat sudah menjadi perkara biasa tetapi seekor gorilla mengambil anak angkat yang tidak sama spesis dengannya merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.

Seekor gorilla di California mendapat dua ekor anak angkat yang merupakan kucing selepas beberapa kali menunjukkan minat mempunyai anak sendiri. Gorilla bernama Koko ini menerima hadiah anak angkat bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke – 44 tahun.

Kucing Jadi Anak Angkat Gorilla

Koko sebelum ini memang terkenal dalam kalangan pencinta haiwan kerana kemampuannya menguasai bahasa isyarat Amerika Syarikat yang diubah suai. Semasa pertemuannya bersama dua ekor kucing tersebut, Koko membuat isyarat tangan ‘kucing’ dan ‘bayi’ kepada penjaganya.

Walaupun saiz badan Koko dan anak kucing itu berganda-ganda bezanya, tetapi itu bukan penghalang kepada gorilla itu untuk bermain bersama anak-anaknya sambil meminta penjaganya, Patterson untuk meletakkan kucing tersebut di atas kepalanya.

“Koko sangat menyayangi kedua-dua ekor kucing tersebut dan kucing-kucing itu tersebut menggembirakan hidupnya,” ujar Patterson.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.