PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Harga Sebenar Mahkota Dato seri Vida Terbongkar | BUKAN sahaja popular dengan tagline produknya ‘Qu Qu Putih, barulah putih’, pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dato seri Vida turut menjadi perhatian kerana sering mengenakan pakaian bergemerlapan dan mahkota.

Menurut Dato seri Vida, dia mengenakan mahkota kerana minat serta hobinya mengumpul serta memakai mahkota sejak lima tahun lalu memetik Sinar Harian.

Harga Mahkota Dato seri Vida Didedahkan

“Angan-angan nak jadi puteri raja.  Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah,” katanya.

Malah, Dato seri Vida mendedahkan,  mahkota paling mahal yang dipakainya berharga dalam lingkungan RM 100,000 lebih manakala yang paling murah berharga RM10,000 lebih.

“Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong,” katanya dipetik Media Hiburan.

Tambahnya lagi,  dia kebiasanya akan memakai mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu yang memerlukan untuk tampil menarik.

“Jadi kenalah saya pakai mahkota yang senang suai padan dengan baju-baju,” ujarnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.