PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

HARI ini, 21 Oktober 2015, mungkin hari yang biasa bagi sesetengah orang.

Namun bagi penggemar filem trilogi sci-fi Back to the Future, hari ini adalah hari yang sangat penting.

Menerusi Astro Awani, kami kongsikan ramalan yang menjadi kenyataan dan tidak menurut Back to the Future.

Ramalan mana yang jadi kenyataan dalam Back to the Future hari ini?

Ramalan mana yang jadi kenyataan dalam Back to the Future hari ini?

Marty McFly bersama Emmet “Doc” Brown lakonan Christopher Lloyd mengembara ke masa hadapan bertarikh 21 Oktober 2015. – Universal Pictures

Ini kerana dalam sekuel kedua filem itu yang diterbitkan pada tahun 1989, watak Marty McFly, lakonan Michael J. Fox, mengembara dan seterusnya tiba di masa hadapan pada tarikh 21 Oktober 2015.

Banyak ramalan yang dibuat pengarah filem tersebut tentang apa yang berlaku pada tahun 2015. Ada yang tersasar, tidak kurang juga yang menjadi kenyataan.

Mari kita lihat hasil sebahagian ramalan-ramalan tersebut.

Ramalan

KERETA TERBANG: Tidak


Gambaran Back to the Future ialah jalan raya tidak lagi merupakan satu keperluan kerana adanya kereta terbang. Hakikatnya, masih jauh lagi sebelum kereta seumpama itu dapat direka. Pun begitu harapan tetap ada kerana sebuah syarikat pembuatan kereta dari Slovakia, AeroMobil sedang berusaha untuk menjadikannya kenyataan. Namun untuk memandu kereta ini, pemandu dikatakan perlu memiliki lesen juruterbang.

PANGGILAN TELEFON DENGAN VIDEO: Ya


Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah mempunyai kemudahan membuat panggilan telefon melalui Skype, FaceTime, Snapchat dan Google Hangouts; kesemuanya mengaplikasikan konsep panggilan telefon dengan video.

HOVERBOARD: Tidak


Hampir sama nasib dengan kereta terbang. Walaupun syarikat seperti Hendo dan Lexus sudah memperkenalkan hoverboard keluaran mereka, namun teknologi berkenaan masih perlu dikaji. Ini kerana ia memerlukan permukaan atau surface yang direka khas.

JAWS 19: Ya dan Tidak


Jika yang dimaksudkan adalah sekuel filem Jaws ke-19, ia tidak tepat kerana filem berkenaan, setakat ini hanya punya tiga sekuel. Tetapi jika yang dimaksudkan ialah filem berkonsep 3D, jawapannya ya. Industri filem 3D berkembang sangat pesat hari ini dan ia bukan sesuatu yang asing.

DRON: Ya

Hari Ini 21 Oktober 2015 Hari Back to the Future! Ingat Lagi Tak?: Ramalan mana yang jadi kenyataan?

Satu babak dalam filem berkenaan menunjukkan sebuah dron digunakan untuk mengambil gambar. Dron kini antara perkara wajib yang dimiliki oleh seorang jurugambar atau jurukamera profesional, sehinggakan ada sesetengah kawasan perlu diwartakan sebagai kawasan larangan dron.

Yang terlepas daripada ramalan

Telefon pintar. Biarpun filem  Back to the Future ini mempamerkan kreativiti dan pemikiran luar kotak yang dimiliki tenaga kerjanya, namun masa hadapan tetap satu perkara yang sukar diramal. Ini terbukti apabila salah satu teknologi paling pesat dan penting hari ini, iaitu telefon pintar, langsung tidak wujud dalam filem ini. Malah pondok telefon juga masih digunakan dalam gambaran tahun 2015 sedangkan hakikatnya hari ini, pondok telefon sudah hampir ‘pupus’.

Ia sebaliknya meramal smartglasses, di mana penerima panggilan telefon boleh mengetahui siapa yang membuat panggilan dan untuk siapa panggilan itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.