PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera dan lecur di bahagian badan dipercayai didera teman lelaki ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sejak seminggu lalu, selepas ibu kanak-kanak itu dan mangsa yang tinggal bersama lelaki terbabit dikurung di dalam sebuah bilik memetik Sinar Harian.

Teman lelaki kurung ibu dan anak dan cucuh puntung rokok

Suspek turut mendera kanak-kanak itu dengan memukul mangsa sehingga kedua-dua matanya lebam dan mengunci pintu bilik dari dalam manakala ibu mangsa dibiarkan di luar.

Tidak cukup dengan kejadian itu, mangsa dan ibunya turut dicucuh dengan puntung rokok milik suspek.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, perbuatan lelaki itu akhirnya dikesan selepas mangsa dan ibunya berjaya melarikan diri Ahad lalu dan meminta bantuan saudaranya untuk membuat laporan polis.

“Suspek berusia 30 tahun, berjaya ditahan pagi tadi dan direman bermula hari ini sehingga 2 November untuk tindakan susulan dan kes disiasat di bawah‎ seksyen  343 kerana mengurung ibu dan anaknya dan seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

(Baca: Inilah punca budak 2 tahun dikurung dan dicucuh puntung rokok oleh teman lelaki ibu)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.