PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Wanita dan anak lelakinya ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Maktab Kem Tuaran, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.26 pagi tadi itu, mangsa rentung Baitin@Fauziah Bitin, 48, dan anaknya Habiburahman Azahari, 8, ditemui dalam bilik tidur dan di depan pintu tandas tingkat bawa rumah berkenaan memetik Harian Metro.

Ibu dan anak rentung dalam kebakaran
RUMAH didiami mangsa yang terbakar. FOTO ihsan Bomba

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afenddy K Ramin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.29 pagi dua jentera bersama 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian rumah dua tingkat itu terbakar hampir 80 peratus dan difahamkan terdapat dua mangsa di dalam rumah berkenaan.

“Sebaik sahaja api dikawal jam 2.22 pagi, dua mayat ditemui sebelum diserahkan kepada polis.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.