PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Biarpun dalam bentuk rangka atau mahupun serpihan tulang sekali pun, saya tetap berharap dan terus menunggu sehingga Haikal ditemui,” kata Midah Angah, 38, ibu kepada Haikal Yaakob, 8, murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang masih belum ditemui.

Haikal hilang sejak 23 Ogos lalu bersama enam murid lain termasuk kakaknya Norieen, 10 memetik Harian Metro.

Ibu kanak-kanak orang asli hilang tetap berharap

Pada 7 Oktober lalu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui dua kanak-kanak masih hidup, dua mayat dan dua rangka.

Dua yang terselamat adalah Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen, manakala dua mayat adalah Sasa Sobrie, 8, serta Ika Ayel, 8.

Dua rangka yang ditemui dipercayai Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, berdasarkan beberapa tanda yang dicam ahli keluarga.

Midah berkata, dia kini menerima hakikat anak bongsu kesayangannya itu sudah meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya, namun berharap ada tanda ditinggalkan murid tahun dua itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.