PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tidak dapat dinafikan, ada orang yang dikurniakan rezeki anak dan ada juga tidak. Ada pula orang dikurniakan susu yang banyak untuk anak dan ada juga yang tidak.

Ikuti perkongsian Farah Yunus yang bakal membuka mata untuk golongan ibu Breastfeeding yang dikurniakan susu yang banyak dan suka menunjuk-nunjuk.

Setiap Masa Nak Update Pasal Breastfeeding, Riaknya Golongan Ibu Ini

Dalam perjalanan pagi tadi ke tempat kerja, dengar berita di radio melaporkan seorang ibu yang baru bersalin mati terjun bangunan, pangsapuri tempat tinggalnya. Dipercayai akibat tertekan kerana tidak mampu menyusukan bayi yang baru dilahirkan 10 hari lalu.

Allahuakbar!

To all breastfeeding mommy yang over obsession di luar sana, nampak tak apa yang korang dah buat?! Hari-hari post pasal isu breasfeeding, kecam ibu-ibu yang bagi formula milk. Post konon-konon fakta perbezaan baby yang breastfeed dengan baby formula milik (yang menekankan betapa rendahnya taraf baby yang minum formula milik compared to susu ibu).

Siap ada cendikiawan agama yang bagi ceramah selit-selit pasal DNA lembu dalam formula milik yang membuatkan anak menjadi degil bla..bla..bla.. Siap ada lagu dalam bahasa Kelantan yang cakap minum susu lembu, anak jadi degil (THR pernah mainkan lagu ini). Jururawat pun pernah keluarkan kata-kata seperti 

"Susu ibu untuk anak ibu, susu lembu untuk anak?"

Yes, kata-kata nurse yang aku pernah dengar sendiri dan banyak lagi kata-kata, ayat-ayat, action yang memberi tekanan emosi, mental secara senyap kepada ibu-ibu atau bakal ibu untuk obses terhadap breastfeed. 

Dah hari ini, di atas tekanan yang golongan ibu breastfeed yang over obsession sekalian bagi kepada masyarakat ibu-ibu, seorang bayi berusia 10 hari kehilangan ibu kandungnya yang selama 9 bulan menjaganya dengan penuh kasih sayang dalam kandungan.

Sebab apa? Sebab ibu dia merasakan diri dia gagal menjadi ibu manusia sebab tidak dapat menyusukan anak dia. Juga sebab ibu dia rasa gagal untuk menjadikan anaknya cerdik kalau terpaksa bagi susu lembu. Paling utama sekali, sebab tertekan dengan budaya breastfeeding over obsession kalian.

Saya sokong 100% breastfeeding, I'm totally not against it. Tetapi bukan dengan cara setiap saat dan minit nak post cerita breastfeeding. Bukan setiap saat dan minit nak post fakta perbandingan anak yang breastfeeding vs anak formula milk. Bukan dengan cara bertanya pada ibu-ibu lain, "Kenapa bagi formula milik? Kenapa? Susu sikit ke? Tak try breastfeeding ke?" dan banyak lagi. 

Saya sendiri menyusukan anak saya dengan susu badan tetapi saya kenyang dan membesar dengan susu lembu. Saya tidak pernah rasa atau fikir ibu saya gagal dalam membesarkan saya. Bukan nak riak, cuma nak berkongsikan pengalaman. Rasanya IQ kami adik beradik yang ibu besarkan dengan susu lembu ini tak pelahan dan lembab pun. Kesemua 4 adik beradik kami masuk universiti sampai degree dan master pun. 

Breastfeeding mom sekalian, be wise, not worst. Jangan niat kita nak support kawan-kawan breastfeeding sebenarnya lebih kepada nak menunjuk-nunjuk kejayaan kita. Jadikan kejadian yang menimpa ibu malang tadi sebagai pengajaran. Jangan kita nak melabelkan ibu-ibu lain atau baby-baby lain sesedap rasa. Rezeki Allah beri, Allah tentukan, setiap ibu dan anak ada bahagian masing-masing.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.