PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila terpelanting setelah beg udara kereta yang dipandu oleh abangnya mengembung sewaktu kereta terbabit terlanggar bonggol.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8, bersama dua abangnya yang masing-masing berusia 12 dan 17 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mereka membeli barang di Bandar Puteri Jaya.

Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Beg Udara Kereta

Abang mangsa, Along, berkata Khyra duduk di tempat duduk penumpang hadapan disebelahnya dan menyandarkan mukanya di papan dashboard dimana beg udara itu berada.

Adiknya yang berusia 12 tahun pula berada di bahagian belakang.

Menurut Along, setelah kereta itu terlanggar bonggol terbabit, dia terus menekan brek dan beg udara di dua tempat duduk hadapan kereta mengembung dan terkena adiknya.

“Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.

“Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal,” katanya memetik laporan BHOnline.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.