PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Membatalkan akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilihat membebankan, mengurangkan pendapatan boleh belanja dan lain-lain yang tidak membantu ekonomi, bukan satu tindakan yang cerdik.

Hal ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, ‎semua sistem perakaunan, latihan, perbelanjaan mematuhi syarat GST yang telah dibelanjakan oleh semua syarikat  termasuk kerajaan akan menyebabkan kerugian memetik Sinar Harian.

Pakatan Harapan pun tidak akan mansuhkan GST

“Jika pakatan membatalkan akta GST untuk elakkan rakyat bayar cukai, itu nampak tidak cerdik kerana perbelanjaan RM5 billion yang dibelanjakan oleh syarikat-syarikat dan kerajaan untuk pematuhan kos  ini adalah  sia-sia,” katanya.

Justeru katanya, langkah terbaik untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan GST ialah menjadikan GST itu pada kadar sifar.

“Bila kadar GST sifar, maka samalah seperti rakyat tidak membayar GST, tetapi syarikat boleh terus menggunakan sistem perakaunan.

“Sebab itu kerana kita hendak kurangkan beban kepada semua, cara terbaik ialah dengan mengenakan kadar sifar,” katanya dalam satu kenyataan.

Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016 yang dibentangkan hari ini mencadangkan kadar sifar bagi cukai itu.

Belanjawan alternatif itu menyatakan kadar sifar GST boleh diseimbangkan menerusi penjimatan menerusi membasmi pembaziran dan rasuah.

Pakatan pembangkang itu berkata, meskipun pelaksanaan kadar sifar GST bermakna kehilangan pendapatan sebanyak RM16 bilion, namun ia tidak akan memberi kesan kepada kedudukan fiskal secara keseluruhan terhadap kerajaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.