PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebelum tertubuhnya negara Palestin, negara itu tidak mempunyai pemerintah daripada penduduk asal Palestin.

Mengikut rekod, sejak abad ke 19, pentadbiran Palestin dituntut oleh kuasa dari luar Palestin termasuk kerajaan Khalifah Othmaniah (Turki), British, Hijaz (kini Arab Saudi) dan terkini adalah pengganas Zionis.

Asal-Usul Palestin yang Ramai Tak Tahu

Sebelum Perang Dunia Pertama berlaku, Palestin berada di bawah pentadbiran Khalifah Utmaniah. Inggeris memanggil kerajaan ini sebagai Ottoman Empire. Kerajaan Khalifah ini berpusat di Istanbul, Turki.

Mengikut kaedah pemerintahan yang diamalkan dalam sistem Khalifah, kawasan negara dibahagikan kepada beberapa daerah yang dikenali sebagai Mutasarrifiyyah atau ‘Sancak’ dalam bahasa Turki.

Jadi, daerah Palestin telah dipecahkan kepada tiga bahagian pertama dikenali sebagai Al-Quds Ash-Sharif (Baitul Maqdis atau Jurusalem), Akka (kini Israel) dan Nablus.

Setiap Mutasarrifiyyah mempunyai Mutasarrif (Gabenor) tersendiri. Gabenor ini dilantik oleh Sultan yang memerintah.

Gabenor terakhir bagi Al-Quds bernama Ahmet Izet Pasha, pemerintah Tentera Ketiga Khalifah Uthmaniyyah daripada keturunan Albania.

Apabila tentera Khalifah Uthmaniyyah dan Jerman yang mempertahankan Baitul Maqdis ditewaskan tentera British pada bulan Disember 1917, Ahmet Izzet telah menandatangani surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British.

Antara isi kandungan perjanjian itu:

“Disebabkan kedahsyatan pengepungan bandar dan penderitaan yang ditanggung negeri aman ini akibat senjata berat anda; dan kerana bimbang bom-bom akan mengenai tempat-tempat suci, kami terpaksa menyerahkan kepada anda bandar ini melalui Hussein Bey Al-Husayni, Datuk Bandar Baitul Maqdis, sambil berharap bahawa anda akan melindungi Baitul Maqdis sebagaimana kami telah melindunginya selama lebih lima ratus tahun.”

Melalui kuasa inilah, British dan Amerika memulakan bencana di Palestin dengan membenarkan Zionis menubuhkan negara Israel dengan niat untuk menghapuskan bangsa Arab. Dan niat penghapusan etnik Arab di Palestin terus berlaku sehingga hari ini.

Dengan sokongan senjata daripada Kerajaan Amerika, polisi putar belit British dan dasar tutup mata Bangsa-bangsa Bersatu, agenda Zionis terus membunuh orang yang tidak bersalah tanpa peri kemanusiaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.