PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Indeks Pencemaran udara 200 pun sudah sesak nafas dan tidak keruan inikan pula penduduk di Kalimantan Tengah terpaksa mengharungi kehidupan seharian dengan IPU mencecah 3,000.

Selain Palembang, Palangkaraya di Kalimantan Tengah antara paling menderita akibat krisis kebakaran hutan tahun ini.

Ramai Kanak-Kanak Mati Dan Alami Masalah Pernafasan Akibat Jerebu di Indonesia

Menurut laporan liputan6.com, sejumlah penduduk, ramai daripadanya kanak-kanak mati dan disahkan akibat penyakit masalah pernafasan yang berpunca daripada jerebu dan asap.

Menurut BBC Indonesia, jerebu di Palangkaraya kembali memburuk dengan IPU meningkat mendadak daripada 2,000 pada 16 Oktober lalu, kini sudah lebih 3,000

“Ini yang tiap tahun kami alami, dan semakin tahun semakin terseksa. Tiada udara bersih, udara yang kami hirup sudah beracun,” kata Ari Rika dari Evella FM, wakil BBC Indonesia di Palangkaya.

Ninit, penduduk di bandar yang menjadi ibu kota Wilayah Kalimantan Tengah mengirimkan gambar pelajar terpaksa memakai topeng hidung walaupun berada dalam bangunan dan ruang belajar.

“Sesak sekali, mata pedih. Dalam ruangan pun perlu menggunakan topeng,” katanya. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.