PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita di Korea Selatan telah didakwa kerana mengunci suaminya di dalam rumah selama 29 jam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.

Wanita berusia 40 tahun itu kini ditahan atas dakwaan memperkosa suaminya dan dia menjadi wanita pertama di negara itu yang dibicarakan atas kes pemerkosaan dalam hubungan perkahwinan.

Pada Mei 2013, Mahkamah Korea Selatan telahpun menyenaraikan pemerkosaan pasangan dalam perkahwinan sebagai jenayah memetik Astro Awani.

 Wanita Korea Selatan kurung dan rogol suami dalam rumah selama 29 jam

Pejabat Pendakwaraya Seoul memberitahu bahawa wanita tersebut telah mengurung suaminya secara paksa untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, melaporkan bahawa pendakwaan menyatakan wanita itu melakukan tindakan tersebut dengan tujuan mendapatkan bukti dalam prosiding perceraian.

Pada tahun 2013, pemerkosaan dalam perkahwinan telah dikenal pasti sebagai salah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius.

Sebelum ini, Korea Selatan pernah dikejutkan dengan kes perbicaraan yang melibatkan seorang lelaki yang dituduh memaksa isterinya melakukan seks dengan mengancam nyawanya dengan senjata.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.